suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Elfira Loy meninggal dunia

Ibu Elfira disahkan meninggal dunia.

IBU kepada pelakon Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff menghembuskan nafas terakhir pada Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi di hospital.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Elfira menerusi hantaran di Instagram Story miliknya dan memohon orang ramai menitipkan doa dan bacaan surah al-Fatihah buat Allayarham ibunya. 

Menerusi hantaran berkenaan, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 32, memaklumkan jenazah arwah ibunya itu kini sedang diuruskan untuk urusan pengebumian.

Hantaran Elfira di Insta Storynya. 

“Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah binti Yusoff, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

“Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadahnya, melapangkan serta menerangi kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy mohon doa, ibu ditidurkan sejak 14 hari lalu... “Mama akan menjalani prosedur besar“

ARTIKEL BERKAITAN: Elfira Loy tak minat berlakon, terpaksa pendam perasaan mahu bantu ringan beban ibu

Sebelum ini pada 28 Ogos lalu, Elfira memohon orang ramai mendoakan ibunya, Filzah Yusoff, 61, yang kini sedang menjalani rawatan selepas ditidurkan dan menjalani intubasi sejak 14 hari lalu.

Elfira berkata keluarganya kini berdepan detik sukar selepas menerima berita mengenai keadaan kesihatan ibunya yang disifatkan amat berat untuk diterima.

Elfira meminta orang ramai mendoakan buat ibunya. 

"Sejujurnya kami sekeluarga sedang melalui waktu yang sangat sukar. Berita yang kami terima amat berat dan sukar untuk kami semua hadam serta terima.

"Mama telah menjalani intubasi dan berada dalam keadaan ditidurkan sejak 14 hari lalu. Hari ini (Isnin), mama akan menjalani satu prosedur besar.

"Kepada mereka yang mengenali mama, bagi pihak mama, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah dan silapnya, katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain