PELAKON Datin Intan Najuwa tampil menjelaskan tujuan suaminya membeli mesin oksigen yang sebelum ini mendapat komen kurang baik dalam kalangan netizen.Menurut Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, alat tersebut merupakan satu keperluan memandangkan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman merupakan penghidap asma. "Saya ada berkongsi membeli mesin oksigen untuk diletakkan di rumah, tetapi ada pula yang menyindir dan memberikan komen kurang sopan seperti.Perkongsian Intan di Threads. "Doktor kami menasihatkan supaya kami mempunyai mesin penumpu oksigen di rumah kerana suami saya menghidap asma, manakala anak-anak saya kadangkala mengalami masalah kahak dan simptom berkaitan pernafasan," katanya dalam satu hantaran di Threads.Intan dalam masa sama menasihati netizen agar tidak mudah membuat andaian dan meninggalkan komen tidak baik terhadap hantaran tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Intan Najuwa pemurah, selalu beli jualan peniaga kecil... “Tak pernah balik rumah tangan kosong” ARTIKEL BERKAITAN: Lega dah bersalin, Intan Najuwa tak sabar ‘comeback’ berlakon... Anak-anak dah ada penjaga"Kenapa tidak boleh bersikap baik dan meninggalkan komen yang elok? Anda tidak tahu apa yang dilalui orang lain dan sebab di sebalik sesuatu yang mereka lakukan."Lebih baik tidak berkata apa-apa jika tiada perkara baik untuk diperkatakan," luahnya.Intan nasihat netizen menjaga kata-kata. Sementara itu, dalam satu komen berbeza, Intan turut memperbetulkan salah faham yang menyangka dia memerlukan oksigen sebagai ubat sampingan.“Supplemental oxygen itu maksudnya bekalan oksigen, bukan oxygen supplement macam kita makan," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube