PRINSIP pelakon dan pengacara Izzue Islam yang pernah menetapkan syarat enggan melakukan adegan bersentuhan dalam sesuatu babak lakonan menempatkan dirinya dalam zon selamat daripada terlibat dalam karya yang boleh mencalar sensitiviti masyarakat.Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, berkata rata-rata pengarah juga sudah memahami batas yang ditetapkan sejak awal kemunculannya dalam industri lakonan. “Saya perasan juga benda itu. Batas yang saya tetapkan itu memang buatkan saya rasa lebih selamat.Izzue sentiasa menjaga batas dalam lakonan.“Alhamdulillah, mereka pun sudah faham dengan pendirian saya. Ia bukanlah syarat, tetapi mereka tahu kalau saya berlakon, saya tidak akan buat perkara tertentu.“Kalau nak pergi lebih daripada itu pun, saya sendiri akan fikir, ‘Eh, aku tak buat benda ini.’ Jadi mereka pun sudah tahu apa yang saya boleh dan tak boleh buat,” katanya.Menurut Izzue, kebiasaannya dia tidak perlu menolak sesuatu tawaran jika terdapat babak yang mempunyai unsur bersentuhan kerana pihak produksi terlebih dahulu akan menjelaskan kepadanya mengenai watak serta babak yang perlu dilakukan.ARTIKEL BERKAITAN: “Bila gurau tak kena tempat, mengaku salah saja“ - Izzue Islam anggap hos TV perlu ada panduanARTIKEL BERKAITAN: Izzue Islam tak kisah dikritik, harap lagu raya diraikan bukan dibanding“Biasanya saya tak sempat nak tolak sebab mereka memang tak bagi. Mereka akan cakap, ‘Izzue, kita nak bagi Izzue watak ini, tetapi ada beberapa babak yang macam ini.’“Saya akan cakap, ‘Okey saja kalau korang nak bagi saya. Saya bersedia untuk bereksperimen dan kita buat di set.’“Tapi kalau mereka rasa benda itu memang perlu nampak seperti ada sentuhan sebenar, saya okey sahaja untuk tidak ambil watak tersebut,” ujarnya.Bagaimanapun, Izzue berkata dia masih terbuka untuk menerima watak yang mencabar bagi menguji kemampuan dirinya sebagai seorang pelakon.Malah, dia percaya kreativiti pengarah amat penting dalam menghasilkan sesuatu babak supaya kelihatan realistik tanpa perlu melanggar batas yang ditetapkan.Izzue sentiasa bersedia untuk mencuba.“Cuma kalau nak bagi saya watak-watak yang berlebihan dan mungkin boleh mendatangkan kemarahan netizen, saya okey sahaja untuk buat.“Kalau saya berjaya buat orang marah dalam keadaan babak itu keterlaluan, sampai orang percaya benda itu betul, itu sebenarnya bagus untuk saya.“Sebenarnya kalau babak itu memerlukan sentuhan, pegang atau apa-apa sahaja, pengarah ada cara mereka mengikut kreativiti masing-masing,” kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube