PENYANYI Nizam Laksamana menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Roy Ratnaku susulan dakwaan dia menghalau artis itu daripada membuat persembahan dalam ‘howcase Jiwarasa Nizam Laksamana dan Kawan-Kawan 5.0’ pada Sabtu lalu. Nizam atau Mohd Nozam Pechok, 59, berkata dia tidak teragak-agak untuk membawa isu berkenaan ke muka pengadilan sekiranya Roy enggan membersihkan semula namanya yang tercalar susulan fitnah tersebut. “Apa yang saya mahu ialah Roy membuat permohonan maaf secara terbuka di semua media sosial miliknya dengan ikhlas tanpa rasa ego. Sekiranya beliau akur, saya sedia memaafkan.“Tetapi sekiranya beliau masih mempertahankan kenyataan buruk dan mempertikai maruahnya tanpa memikirkan maruah orang lain yang dipijak, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Nizam meminta permohonan maaf daripada Roy. "Saya sudah pun membuat persiapan bersama pihak peguam saya,” katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Isnin. Dalam masa sama, Nizam menjelaskan kehadiran Roy pada majlis tersebut adalah atas kapasiti tetamu jemputan dan bukannya sebagai penyanyi undangan.Tegas Nizam, tiada sebarang perjanjian dibuat untuk membenarkan Roy naik ke pentas memandangkan persembahan hanya melibatkan artis yang ditunjukkan pada poster rasmi.“Saya, demi Allah tidak terdetik di hati saya dan tidak pula saya berkata atau menyuruh atau menghalau beliau dari majlis tersebut!“Saya tidak pernah menghalau atau menghalang dia datang ke majlis anjuran Zara Event Management. Saya dan pihak pengurusan acara (EO) secara peribadi menerima beliau sebagai tetamu, tetapi tidak pernah berjanji untuk menjemputnya membuat persembahan.ARTIKEL BERKAITAN: Murninya hati Nizam Laksamana, terpanggil buat showcase bantu pesakit kanser dan anak autismeARTIKEL BERKAITAN: Nizam Laksamana tak sangka kehidupan berubah, teringat kerja asal sebagai bancuh racun tikus“Apa jua yang beliau terima daripada pihak ketiga bukanlah tiket kebenaran daripada pihak EO untuk beliau dijanjikan membuat persembahan. Malah, pihak kami tidak pernah mengizinkan beliau meletakkan komputer riba di meja ‘soundman’ untuk memutarkan lagu ‘minus one’ miliknya,” ujar Nizam. Penyanyi itu juga menjelaskan dia ada menyantuni Roy namun ramah mesra itu disambut dengan jelingan. “Saya datang ke meja beliau duduk, menegur dan menepuk serta menggosok bahunya dengan lembut tanda kemesraan saya. Namun beliau tidak memandang saya secara tepat, sebaliknya hanya membalas dengan jelingan tanpa senyuman.“Ketika itu saya tidak berasa apa-apa dan tidak berburuk sangka kerana menghormati semua tetamu.Nizam menafikan menghalau Roy daripada majlis tersebut. “Sepanjang bergelar penyanyi, tidak pernah saya mendabik dada berasa hebat dengan kebolehan vokal saya. Saya hanya bersyukur atas kurniaan Ilahi dan menerimanya dengan rendah diri,” jelasnya.Sebelum ini, Roy ada memuat naik hantaran di media sosial mendakwa dia dihalau daripada membuat persembahan pada sebuah acara hiburan akibat sikap cemburu dan sombong penyanyi yang menganjurkan acara tersebut. Bagaimanapun ia sudahpun dipadam tidak lama selepas ia dibuat.Pihak mStar ada menghubungi Roy untuk mengulas hantarannya itu namun dia enggan mengulas panjang sebaliknya memaklumkan isu berkenaan telah selesai.