suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uyaina Arshad pelik penganjur minta buka tudung jadi pengacara... “2026 dan masih macam ini?“

Uyaina terkejut masih menerima pertanyaan untuk buka tudung.

PENGACARA Uyaina Arshad meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang memintanya menanggalkan hijab untuk mengendalikan sesebuah acara.

Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata dia hairan mengapa perkara itu masih dipersoalkan sedangkan Malaysia mempunyai ramai pengacara wanita yang tidak berhijab.

“2026 dan saya masih menerima pertanyaan macam ini. ‘Uyaina, boleh tak tanggalkan hijab untuk jadi hos acara ini?’

Uyaina luahkan rasa kekesalannya.

“Kalau mahukan pengacara yang tidak bertudung, punyalah ramai pengacara di Malaysia yang tidak bertudung dan bagus. Kenapalah masih tanya soalan macam ini?” katanya menerusi hantaran di Threads.

Menurut Uyaina, perkara berkenaan baru sahaja berlaku pada Khamis lalu namun dia memilih untuk bersangka baik dengan menganggap individu terbabit tidak mengetahui penampilannya.

“Baru saja berlaku semalam. Saya anggaplah dia tak tahu,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi dalam kalangan peminat yang rata-rata menyelar tindakan pihak berkenaan kerana menganggap permintaan itu tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad tak rehat lama lepas bersalin, nekad kurus sebelum mula kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kongsi insiden ngeri, penjenayah disyaki bawa dadah rempuh kereta ibu bapa

Malah, ada yang mendakwa pertanyaan tersebut seolah-olah sengaja dibuat bagi mencetuskan kontroversi sekali gus menarik perhatian terhadap produk atau acara yang dianjurkan.

“Soalan macam sengaja nak mengundang kemarahan. Selama dalam industri memang dah berhijab, kan?

“Dah 2026 masih ada orang macam ini? Punyalah banyak pilihan lain.

“Mereka saja nak test market. Mereka tahu kalau artis buka tudung untuk acara mereka, akan jadi isu besar,” antara komen netizen.

Artikel Lain