suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tangguh konsert sambutan 25 tahun, Misha Omar terpaksa beralah dengan Sukan SEA

Misha rela lepaskan konsert 25 tahun.

PENYANYI Misha Omar terpaksa menahan kecewa apabila konsert sempena meraikan 25 tahun perjalanan kariernya yang dijadualkan berlangsung tahun depan terpaksa ditangguhkan.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisha Omar, 45, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai acara besar yang bakal berlangsung pada 2027.

“Sebenarnya, tahun depan adalah golden moment untuk saya sebab meraikan 25 tahun dan saya memang suka konsert di hujung-hujung tahun begitu.

Misha tabah beri laluan kepada acara besar.

“Memang menjadi impian saya untuk buat di stadium. Sebab tak jadi, bolehlah saya cerita. Tetapi tahun depan, melihat kepada agenda yang banyak, ada Sukan SEA dan sebagainya yang lebih besar dijangka berlaku.

“Melihat saya ini kecil saja dan saya memang nak bergembira bersama peminat. Jadi, saya pilih untuk tenang dan tangguhkan. Ya, tidak ada konsert ulang tahun,” katanya.

Menurut Misha, dia sebelum ini sudah berkongsi mengenai perancangan konsert berskala besar itu dengan peminat menerusi media sosial dan sedar keputusan tersebut mungkin mengecewakan ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah pandai bergurau, minta Misha Omar RM5 untuk bergambar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Misha Omar dikejar ke hospital gara-gara beli ubat di media sosial

Namun, penyanyi lagu Sampai Bila itu berharap rasa rindu peminat terhadap persembahan pentasnya dapat terubat menerusi showcase Misha Omar Aku dan Lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini.

“Sebelum ini saya dah beritahu kepada rakan-rakan di media sosial yang tahun depan ada konsert, tetapi Insya-Allah kita tunggu setahun. Kalau panjang umur, boleh sambut pada tahun yang akan datang.

“Dalam masa sama, saya bersyukur juga kerana masih boleh bertemu peminat menerusi showcase Misha Omar Aku dan Lelaki ini,” ujarnya.

Harapan saya besar sekali dan saya bersungguh-sungguh.

MISHA OMAR

PENYANYI

Mengulas mengenai persiapan konsert ulang tahun berkenaan, Misha berkata perancangan sebenarnya sudah dilakukan sejak awal termasuk mendapatkan pandangan daripada pemuzik di Malaysia dan Indonesia.

“Saya ke Indonesia baru-baru ini untuk bertanya beberapa perkara kerana pernah bekerja dengan Tohpati dan Melly Goeslow.

“Jadi, saya kerap ke sana untuk mendengar susunan muzik mereka. Saya bertanya kepada Tohpati tentang senarionya. Sudah bertanya banyak benda sebenarnya,” katanya.

Bagaimanapun, Misha mengakui perjalanan selama 25 tahun dalam industri seni bukan sesuatu yang mudah dan dia perlu terus bekerja keras untuk memastikan namanya kekal relevan.

Misha anggap perjalanan sebagai penyanyi bukan sesuatu mudah.

“Tetapi saya fikir kita tak boleh dapat semua benda sekali. Saya rasa keberadaan saya di sini, saya perlu bekerja keras selalu untuk terus ada di sini. Tak ada perkara yang mudah.

“Saya kena cuba untuk survive. Memang sedih diberitahu konsert tiada tahun depan kerana banyak agendanya. Kalau boleh, saya nak aman-aman saja, tak nak benda besar berlaku sekitar itu. Tapi okey, untuk bertahan sebentar.

"Memang keseriusan itu serius untuk sambutan 25 tahun, tetapi mungkin Allah nak beri saya lagu baharu untuk tambah katalog untuk konsert ulang tahun akan datang. Saya positif saja, tetapi harapan saya besar sekali dan saya bersungguh-sungguh. Tapi tidak mengapa,” katanya.

Artikel Lain