PERNAH membawakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam sebuah pementasan teater sekitar 2011, penyanyi Misha Omar turut berduka menerima berita pemergian tokoh yang disifatkannya penuh kelembutan dan kasih sayang itu.Misha atau Samihah @ Aisah Omar, 45, berkata pengalaman membawakan watak Allahyarham ketika remaja dalam pementasan Muzikal Tun Mahathir II di Istana Budaya memberi peluang kepadanya mengenali sisi peribadi Tun Dr Siti Hasmah dengan lebih dekat. Menurut Misha, pertemuannya dengan Allahyarham meninggalkan kenangan yang cukup bermakna kerana layanan yang diterimanya begitu mesra.Misha berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Tun seorang yang sangat baik, seperti seorang ‘angel’. Cara beliau melayan saya yang ketika itu masih muda dan baru dalam industri begitu baik.“Tidak ada jurang yang besar sedangkan kedudukan beliau sangat tinggi. Beliau ialah First Lady, tetapi ketika saya berjumpa dengannya, suasananya sangat selesa dan tenang.“Semuanya berjalan dengan begitu baik dan beliau tidak pernah membuatkan saya berasa kekok atau takut,” katanya ketika ditemui pada sesi temu bual bersama Misha Omar, Aku dan Lelaki di Petaling Jaya, Selangor pada petang Selasa.Tambah Misha, Allahyarham juga tidak pernah mewujudkan jurang antara dirinya sebagai seorang tokoh dengan Misha yang ketika itu baru sahaja menceburi bidang nyanyian dan lakonan.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Misha Omar dikejar ke hospital gara-gara beli ubat di media sosialARTIKEL BERKAITAN: Misha Omar tak ‘hamak’ tengok konsert percuma, keluarga juga kena beli tiket... Mahu hasil kerja anak seni dihargai“Ketika saya bertemu beliau, saya baru sahaja menjadi penyanyi dan pelakon. Tetapi beliau tidak menciptakan jurang itu sehingga membuatkan kita berasa kekok atau takut.“Tidak, tidak sama sekali. Saya sangat berbangga kerana pernah mempunyai detik seperti itu bersama beliau.“Bagi saya, beliau penuh dengan kelembutan, penuh kasih sayang dan penuh perikemanusiaan,” ujarnya. Saya sangat berbangga kerana pernah mempunyai detik seperti itu bersama beliau.MISHA OMARPENYANYIDalam pada itu, Misha turut mengimbau satu nasihat yang pernah disampaikan Allahyarham kepadanya ketika mereka berbual mengenai soal perhubungan.“Pada ketika itu, saya sebenarnya sedang mencari nasihat tentang soal perhubungan. Allahyarhamah pernah berpesan kepada saya, ‘Walau siapa pun kamu, kamu perlu menghormati suami kamu.’“Beliau juga berpesan supaya kita berjalan di belakangnya dan di sampingnya. Begitulah, sesederhana itu.“Nasihat itu sangat bermakna kepada saya dan menjadi antara perkara yang saya ingat daripada pertemuan kami,” ujarnya.Misha turut berkongsi satu lagi kenangan mencuit hati ketika meminta untuk bergambar bersama Allahyarham selepas persembahan muzikal berkenaan.Misha sangat kagum dengan keperibadian Tun Hasmah, “Ketika saya bertemu Tun semasa persembahan muzikal itu, saya minta mahu bergambar dengannya. Arwah cakap, ‘Boleh, RM5’. "Betapa mereka memang suka bergurau dan tidak mahu kita berasa kekok. Mereka tidak mahu kita merasakan wujudnya jurang antara rakyat dan pembesar,” kongsinya.Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada Isnin.