suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau saya meninggal lebih awal, saya nak Neelofa kahwin” - PU Riz

PU Riz benarkan Neloofa berkahwin lain sekiranya dia sudah meninggal dunia.

PENDAKWAH dan personaliti media sosial, Haris Ismail secara terbuka berlapang dada membenarkan isterinya, Noor Neelofa untuk berkahwin lain sekiranya dia menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu.

Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 31, berkata ini kerana perkahwinan juga merupakan satu tuntutan ibadah yang akhirnya turut memberikan manfaat buat si mati. 

"Kalau saya meninggal lebih awal, saya nak Lofa (Neelofa) kahwin. Sebab apa? Pertama sekali, kita ada kehidupan yang perlu dijawab di akhirat kelak sampai kita langsung takkan fikir dah fasal hal dunia.

PU Riz berkongsi perkara itu ketika sesi ceramahnya sebelum ini. 

"Jadi daripada kita duduk fikir sekarang ini pasangan nak kahwin lagi ke tidak, teruskan (biarkan kahwin). Bina ibadah. Yang penting awak doakan saya selamat di akhirat. 

"Soal dia nak nikah yang lain, kita doakan dia teruskan ibadah. Dengan didikan kita, kita suruh pasangan berkahwin demi ibadah dan menjaga kemaluan serta diri. Pahala itu akan mengalir untuk si mati," katanya menerusi satu potongan video tular di media sosial. 

Malah, Haris juga berpesan agar Neelofa dapat mencari seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama lebih tinggi daripadanya sekiranya ditakdirkan dia pergi dahulu.

"Saya sendiri cakap, kalau esok-esok saya dah tiada, awak kahwinlah dengan yang lain. Cari yang 'lebih ustaz' daripada saya dan bina keluarga yang jauh lebih baik daripada apa yang kita bina sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Neelofa hamil, PU Riz mohon doakan yang baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap”

"Masa suami Ummu Salamah meninggal, dia tertanya siapa orang yang lebih baik daripada suaminya yang bersusah-payah dan menjaganya, akhirnya Rasulullah sendiri yang mengahwini Ummu Salamah.

"Kita pun kalau dah tiada nanti, tentu kita nak isteri dapat berkahwin dengan orang yang lebih baik daripada kita. Mungkin anak-anak kita yang asbab perkahwinan baharu itu, suami itu ajar anak kita mengaji al-Quran dan ilmu agama. Bukankah kita sebagai arwah bapa turut memperoleh pahala yang banyak?" jelasnya.

Dalam pada itu, Haris mengingatkan hubungan percintaan dan ikatan perkahwinan di dunia bersifat pinjaman sementara berbanding pertalian darah bersama keluarga. 

PU Riz dan Neelofa kini mempunyai dua cahaya mata. 

"Soal kasih dan cinta ini semua sementara. Sebab itu isteri dipanggil mahram sementara, bukan mahram selamanya. Mak kita barulah mahram selamanya.

"Jadi kalau Allah putuskan ikatan itu, carilah kehidupan dan bina agama untuk akhirat kita seterusnya," ujarnya.

Untuk info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas serta sedang menantikan kelahiran anak ketiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain