PELAKON Puteri Sarah Liyana menjadikan kisah rumah tangga negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai inspirasi dalam mencari pasangan hidup.Menurut Puteri Sarah, 41, pasangan sekufu amat penting kerana ia bukan hanya berkaitan pendidikan atau kerjaya, sebaliknya turut melibatkan pemikiran, nilai hidup dan kematangan. "Orang selalu bercakap tentang mencari pasangan yang boleh membahagiakan kita. Tapi bagi saya, ada satu perkara yang sama penting dalam mencari pasangan iaitu sekufu, terutama dari segi ilmu, pemikiran dan cara melihat kehidupan.Puteri Sarah kongsi pandangan dalam mencari pasangan hidup."Bagi saya, cantiknya sebuah perkahwinan bukan hanya apabila dua orang saling mencintai, tetapi apabila mereka boleh bercakap pada tahap pemikiran yang sama, menghormati ilmu masing-masing, bertukar pandangan dan terus berkembang bersama," katanya menerusi hantaran di Threads.Jelas Puteri Sarah, sekufu tidak bermaksud pasangan perlu mempunyai kelayakan akademik atau kerjaya yang sama.Sebaliknya, keserasian daripada segi pemikiran, nilai dan kematangan juga penting untuk membina kehidupan bersama."Sekufu bukan bermaksud mesti mempunyai sijil atau kerjaya yang sama. Tetapi apabila pemikiran, nilai, kematangan dan keinginan untuk terus belajar itu seiring, perjalanan hidup bersama mungkin terasa lebih bermakna.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah terkandas seorang diri di Jakarta, doa penerbangan dibuka semulaARTIKEL BERKAITAN: Sakit tekak dan sukar bernafas, Puteri Sarah terpaksa dapatkan rawatan di hospital"Carilah pasangan yang bukan hanya mahu hidup bersama kita, tetapi seseorang yang boleh berkembang bersama dari segi intelek, emosi dan rohani."Kerana cinta itu penting, tetapi mempunyai pasangan yang kita boleh hormati pemikirannya adalah satu bentuk kebahagiaan yang berbeza," ujarnya.Dalam pada itu, Puteri Sarah menyifatkan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai contoh pasangan yang mempunyai keserasian dari segi ilmu dan pemikiran.Katanya, Tun Dr Siti Hasmah bukan sekadar dikenali sebagai isteri kepada seorang pemimpin negara, malah mempunyai kerjaya serta pencapaian sendiri sebagai seorang doktor.Kisah cinta Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah jadi inspirasi ramai."Saya melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah sebagai satu contoh yang menarik. Mereka bertemu ketika sama-sama belajar dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura, sebelum berkahwin pada 1956."Tun Dr Siti Hasmah pula bukan sekadar ‘isteri kepada seorang pemimpin’. Beliau sendiri seorang doktor, wanita Melayu tunggal dalam kelompoknya ketika belajar perubatan dan kemudiannya menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Anak Negeri," kongsinya.Untuk info, Tun Hasmah disahkan meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada Isnin.