SPEKULASI mengenai kehamilan selebriti dan usahawan Neelofa menjadi perhatian ramai selepas beberapa penampilan terkininya mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.Dakwaan itu muncul apabila Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, memuat naik beberapa gambar yang sedang mempromosikan minuman berperisa pisang jenama miliknya. Bukan hanya tertumpu kepada produk yang pernah menjadi fenomena itu, namun netizen mendakwa terlihat bentuk 'baby bump' menerusi gambar berkenaan.Neelofa dan PU Riz kini mempunyai dua anak lelaki. Menjawab spekulasi itu, suami Neelofa yang juga pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz, 31, dia mengambil pendekatan tenang dengan enggan mengesahkan perkara itu.Kata PU Riz, dia menghargai keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap keluarganya, namun memilih untuk menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mudah tinggalkan dunia glamor, Neelofa pilih ketenangan selepas berkahwinARTIKEL BERKAITAN: Neelofa lebih tenang tak tunjuk wajah anak, PU Riz tunggu sehingga boleh dakwah“Alhamdulillah, terima kasih atas doa dan perhatian semua."Buat masa ini, saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” katanya ringkas kepada mStar pada Rabu.Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.Mereka memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal, 4, dan Abbas, 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!