SEORANG pekerja kepada usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa dilihat seakan-akan mengesahkan khabar angin bahawa majikannya kini sedang hamil cahaya mata ketiga. Menerusi satu perkongsian di media sosial, individu berkenaan menjawab dakwaan mengenai kehamilan tersebut dengan kenyataan yang mencuri perhatian ramai. “Kami (Naelofar) tak hamil tapi bos kami Neelofa sedang mengandung. Kenyataan pekerja Naelofar mengundang perhatian ramai.“Doakan yang baik-baik,” katanya. Kenyataan itu dibuat bagi memberi respons terhadap sebuah komen netizen di platform Threads yang memuat naik hantaran memaklumkan Naelofar kini sedang hamil anak ketiga. Bagaimanapun, netizen berkenaan tersilap menggunakan nama Naelofar, iaitu jenama perniagaan yang dimiliki oleh Neelofa.ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Neelofa hamil, PU Riz mohon doakan yang baikARTIKEL BERKAITAN: Neelofa lebih tenang tak tunjuk wajah anak, PU Riz tunggu sehingga boleh dakwah“Naelofar hamil anak ketiga. Kalau ikut trend Mama Tini (ibu Neelofa), ada enam lagi cahaya mata. “Tahniah Naelofar, harapnya kali ini anak perempuan,” ujarnya.Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan Neelofa kini sedang hamil anak ketiga selepas netizen mendakwa melihat bentuk baby bump menerusi beberapa foto terbaharu yang dimuat naik di media sosial. Neelofa (dua dari kiri) dan Haris memiliki dua cahaya mata lelaki.Namun begitu, menerusi temu bual bersama mStar, suami Neelofa iaitu pendakwah bebas Haris Ismail mengambil pendekatan tenang dengan enggan mengesahkan perkara tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.Mereka memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Bilal, 4, dan Abbas, 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!