suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli jalani pembedahan buang rahim akibat komplikasi kehamilan

Iqbal (kiri) memohon doa agar Ayunie diberi kesembuhan.

USAHAWAN sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan bekas adik iparnya, Anes Ayunie, terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim selepas mengalami komplikasi serius ketika melahirkan anak pada Ahad.

Iqbal, 32, berkata doktor pada mulanya cuba menghentikan pendarahan dengan mengikat rahim, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Kata Iqbal, Ayunie kini berada dalam keadaan stabil, namun masih memerlukan pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selepas suami Ayunie maklumkan perkara ini di media sosial, barulah saya berani berkongsi  tentang keadaannya. 

Iqbal sebelum ini memaklumkan keadaan Ayunie di Instastory miliknya.

“Ayunie mengalami pendarahan, dia kehilangan tiga liter darah tapi sekarang berada dalam keadaan stabil cuma lemah saja. 

“Selepas melahirkan anak secara pembedahan, doktor cuba nak ikat rahim tapi darah tidak berhenti. Jadi terpaksa buat pembedahan kedua untuk buang rahim. Dia kini masih lagi dipantau di ICU,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Dalam pada itu, Iqbal memaklumkan bahawa Ayunie sebenarnya sudah mengetahui mengenai komplikasi kehamilan yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, keadaan itu dipercayai berpunca daripada jarak kehamilan yang terlalu dekat selain faktor pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan panjangkan kemelut, bekas adik ipar saman Iqbal Zulkefli RM5 juta... “Kalau tak fitnah tampil di mahkamah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Iqbal Zulkefli sedia berdepan saman RM5 juta bekas ipar, sanggup mati pertahan adik lelaki

“Sebenarnya dia dapat tahu ada masalah komplikasi kehamilan ini sejak beberapa bulan lalu. 

“Ini disebabkan oleh kehamilan jarak dekat kerana sebelum ini dia juga bersalin secara pembedahan. 

“Saya mohon orang ramai agar mendoakan Ayunie diberi kesembuhan sempurna

Dalam masa sama, Iqbal turut menjelaskan hubungan antara dirinya dan Ayunie kini berada dalam keadaan baik meskipun pernah berdepan beberapa konflik sebelum ini.

“Hubungan saya dengan Ayunie sebenarnya dah lama berbaik. Waktu dia mengidam nak makan macam-macam pun ada saja saya hantar makanan. 

“Kami tidaklah terlalu rapat sekarang cuma segala kes saman sebelum ini semuanya sudah ditarik semula.

Iqbal tidak lagi menyimpan dendam terhadap Ayunie.

“Saya tak mahu lihat Ayunie hidup dalam tekanan. Kalau boleh saya nak tolong bersihkan namanya,” katanya. 

Untuk rekod, Ayunie pernah mendirikan rumah tangga dengan adik Iqbal, Weldan, pada 29 Februari 2021 sebelum bercerai pada November 2023.

Tiga bulan selepas cerai, Ayunie bertemu jodoh dengan usahawan Amirul Hakim. 

Pada November 2024, Ayunie memfailkan saman terhadap Iqbal selepas mendakwa usahawan itu memfitnah dan membuat tohmahan yang mencemarkan maruah diri serta perniagaan diusahakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain