suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fattah, Amira dapat anak lelaki, pilih nama Muhammad Jarir Umar

Fattah dan Amira selamat menimang cahaya mata pertama.

PELAKON Fattah Amin memaklumkan isterinya, Amira Othman selamat melahirkan bayi lelaki pada Isnin. 

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, berkongsi bahawa bayi lelaki mereka dilahirkan pada pukul 6.20 petang Isnin dan diberi nama Muhammad Jarir Umar.

“Selamat datang Muhammad Jarir Umar. Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami pada pukul 6.20 petang semalam (Isnin),” katanya

Fattah dan Amira memilih nama Muhammad Jarir Umar untuk anaknya. 

Fattah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Selasa. 

Dalam pada itu, Fattah mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keluarganya dan berharap cahaya mata lelakinya itu menjadi anak yang baik. 

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tolak kerja jauh demi berjaga-jaga Amira Othman bakal bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amira Othman umum hamil, bakal timang anak pertama Jun depan

“Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati mommy dan daddy,” ujarnya.

Untuk rekod, Fattah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu di Sepang, Selangor.

Pada 30 April lalu, Amira mengumumkan dia kini sedang hamil cahaya mata pertama dan kandungannya sudah mencecah usia 30 minggu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain