PENYANYI Adira Suhaimi bersikap terbuka dalam menerima sebarang kritikan dan kecaman netizen berhubung kemenangan anak sulungnya, Anggrek dalam program realiti Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2).Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 34, menyifatkan kejayaan anak berumur sembilan tahun itu adalah rezeki yang sudah tertulis dan menghormati setiap pandangan orang ramai. “Saya anggap kemenangan ini sebagai rezeki Anggrek. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Adira anggap Anggrek layak menjadi juara. “Jika ada netizen yang mempertikaikan keputusan tersebut, saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana keputusan dibuat oleh juri profesional.“Saya menerima dengan hati yang terbuka. Saya faham bukan semua orang akan berpuas hati, bukan semua orang akan suka atau bersetuju dengan sesuatu keputusan," katanya kepada mStar.Adira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program MeleTOP yang bersiaran langsung dari Studio 1, Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Duit kemenangan milik Anggrek sepenuhnya - AdiraARTIKEL BERKAITAN: Anggrek juara TTMM2, anak layak menang - AdiraDalam masa sama, ada juga pihak mengaitkan isu agama dengan mengatakan Anggrek masih terlalu muda untuk didedahkan dengan dunia hiburan yang dianggap sebagai bidang maksiat dan duniawi.Tidak melatah dengan tuduhan berat itu, Adira menegaskan selaku ibu kandung, dia lebih mengetahui cara terbaik untuk mendidik dan memantau perkembangan anaknya.“Sebagai seorang ibu, saya tahu bagaimana untuk mencorakkan kehidupan anak saya. Saya juga berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Anggrek. Saya faham bukan semua orang akan berpuas hati.ADIRAPENYANYI“Bagi saya, nyanyian adalah minat dan hobinya. Sebagai ibu, saya perlu menyokong apa yang diminatinya. Tidak mungkin saya mahu menghalangnya jika dia benar-benar meminati bidang tersebut.“Saya akan sentiasa berada di belakang Anggrek selagi perkara yang dilakukannya tidak memudaratkan diri. Pada masa sama, saya tetap akan memastikan keseimbangan antara agama, pelajaran dan minatnya," tegasnya.Adira juga mengakui dia sudah pun bersedia mental dan fizikal terhadap segala kecaman netizen sebelum membenarkan anaknya menyertai pertandingan berkenaan.Bagaimanapun, demi menjaga kesihatan mental dan emosi anaknya daripada komen-komen negatif, Adira mengambil langkah mengawal ketat penggunaan media sosial Anggrek.Segelintir pihak anggap Anggrek terlalu awal didedahkan pada industri hiburan. “Saya tidak membaca setiap komen secara terperinci, tetapi kadang-kadang ada juga perkara yang sampai kepada saya melalui orang sekeliling. Sebelum menyertai program ini lagi saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. “Bagi saya dan Anggrek, kami tidak mahu terlalu memikirkan perkara negatif kerana masih ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata positif."Saya memang kawal penggunaan media sosialnya. Pada masa sama, saya rasa Anggrek juga seorang anak yang memahami bagaimana media sosial berfungsi," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!