BERTINDAK sebagai pengurus kerjaya seni, bapa kepada penyanyi Ahmad Dayyan iaitu Saiful Anuar tampil menjawab dakwaan yang menganggap dia cuba mengambil kesempatan atas bakat anaknya itu. Saiful ketika dihubungi menegaskan tidak pernah wujud istilah 'kerahan' dengan mengambil banyak tawaran persembahan untuk Ahmad Dayyan atau mesra disapa Amad. "Tiada dan memang tidak. Tak mungkin saya nak kerah anak sendiri. Amad (kanan) pindah ke Kuantan untuk fokus pelajaran. "Kalau betul saya nak kerah, sejak awal Amad tinggal bersama saya, dah banyak tawaran menyanyi yang saya ambil," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam masa sama, dia memberitahu keputusan untuk menjaga Amad sepenuhnya adalah supaya anaknya itu dapat memberi lebih tumpuan kepada pelajaran di sekolah. Biarpun begitu, Saiful memberitahu anaknya tidak pernah meninggalkan kerjaya seni. ARTIKEL BERKAITAN: Amad Dayyan tulis ucapan menyentuh hati buat bapa, hargai pengorbanan sentiasa ada waktu sukar ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut Amad pindah Kuantan, Umairah hilang tempat kongsi cerita… Tetap berhubung walau jauh"Motif saya bawa dia tinggal di Kuantan hanyalah untuk fokus pada pelajaran."Nyanyian tetap diteruskan tetapi mengikut masa yang sesuai atau hanya pada hujung minggu. "Amad kini di bawah pengurusan saya sepenuhnya. Tak mungkin saya nak lepaskan kepada orang lain jika ada tawaran persembahan," jelasnya. Amad dijangka keluarkan lagu kedua tidak lama lagi. Sementara itu, Saiful turut berkongsi Amad kini dalam perancangan untuk menghasilkan lagu kedua. Pada Mei lalu, Saiful memaklumkan Amad meneruskan sesi persekolahan di Kuantan, Pahang dan keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan bersama bekas isterinya, Siti Saerah Tarudin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!