BAKAT baharu yang juga anak penyanyi Ameng iaitu Ammar Haikal kini sedia mewarnai industri muzik tanah air apabila melancarkan single pertamanya yang berjudul Gila Bayang.Berkongsi mengenai pengisian naskhah pertamanya, Ammar atau Ammar Haikal Wan Aminuddin, 19, berkata lagu tersebut mengangkat kisah duka tentang cinta yang tidak kesampaian serta fasa sukar seseorang untuk melupakan bayangan kekasih lama. Kata Ammar, lagu yang menggabungkan elemen pop moden itu akan membawa pendengar menyelami dilema seseorang yang menyimpan harapan tinggi untuk membina masa depan bersama insan tercinta. Namun akhirnya kecewa selepas menyedari dirinya bukan pilihan utama.Ammar harap ramai dapat terima hasil karyanya. "Saya sangat teruja dengan pelancaran single pertama saya ini. Saya berharap para peminat dan pendengar dapat menerima ‘Gila Bayang’ dengan baik."Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan, dan saya harap semua dapat terus mendengar serta menstrim lagu ini," kata Ammar.Selain kekuatan melodi, antara yang menarik perhatian adalah pembikinan muzik video (MV) yang turut menampilkan bapa kandungnya sendiri, Ameng Spring dan penyanyi dan personaliti media sosial Alyssa Dezek sebagai heroin. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas XO House, Adib Hamdi meluahkan rasa bangga melihat perkembangan Ammar yang merupakan bekas juara program pencarian bakat, XO CAMP! Musim Pertama.ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Haikal saksi pengorbanan ibu, anak Ameng sebak cerita pengalaman sepanjang bapa dalam penjaraARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan gastrik, rupanya Ammar Haikal alami pankreas bengkak dan batu hempedu"Saya sangat gembira dan berbangga melihat perjalanan Ammar Haikal. Ini merupakan antara matlamat utama kami di XO House, iaitu melahirkan generasi baharu bakat tempatan dan memberi peluang kepada mereka untuk membina kerjaya dalam industri muzik."Ammar adalah sebahagian daripada legasi generasi baharu XO House, dan kami berharap ‘Gila Bayang’ menjadi permulaan yang baik untuk perjalanan seninya," ujarnya. Untuk rekod, lagu Gila Bayang merupakan hasil ciptaan bersama barisan komposer dan penulis lirik versatil iaitu Naim Daniel, Adib Hamdi dan Amir Firdaus, manakala Adib Hamdi memikul tanggungjawab penuh sebagai penerbit lagu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!