suria

Ingatkan gastrik, rupanya Ammar Haikal alami pankreas bengkak dan batu hempedu

Ammar dalam proses untuk sembuh.

ANAK kepada penyanyi Ameng Spring iaitu Ammar Haikal memaklumkan dia mengalami masalah pankreas bengkak dan masalah batu hempedu sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital pada Mac lalu.

Ammar, 20, berkata, pada awalnya dia menyangka kesakitan yang dialami berpunca daripada gastrik, namun pemeriksaan lanjut mendapati keadaan sebenar lebih serius.

“Pada mulanya ingat gastrik, tapi rupanya bukan. Disebabkan pankreas saya bengkak, saya rasa susah bernafas dan selalu sakit dada.

Keadaan Ammar sebelum ini membimbangkan peminat.

“Bila buat pemeriksaan, baru tahu sudah lama kena. Sebelum ini tidak terlalu teruk, tapi kali ini doktor sarankan untuk buat pembedahan, cuma tarikhnya belum ditetapkan,” katanya kepada mStar.

Menurut Ammar, keadaannya kini semakin baik selepas mendapatkan rawatan, namun tubuhnya masih belum pulih sepenuhnya.

Kata Ammar lagi, doktor tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan tersebut memandangkan ia lazim berlaku kepada mereka yang sudah berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin bawa lagu bapa tapi Ameng tak setuju, mahu Ammar Haikal naik cara sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu kerap buat ‘live’, Ammar Haikal dituduh cuba raih simpati... “Mereka kata saya tak belajar dan bekerja”

“Sekarang pankreas dah tak bengkak, tapi badan masih lemah. Doktor nasihatkan saya berehat sekitar sebulan, tapi sekarang saya sudah mula buat persembahan seperti biasa.

“Doktor pun tak pasti punca sebenar, sebab biasanya penyakit ini berlaku kepada wanita yang lebih berumur. Dia pun terkejut saya boleh kena,” jelasnya.

Peserta Talk To My Manager (TTMM) musim pertama itu bagaimanapun mengakui kemungkinan gaya pemakanannya sebelum ini menjadi faktor penyumbang kepada masalah tersebut.

Ammar serik makan makanan pedas.

Justeru itu, dia kini masih menjalani rawatan susulan dan perlu ke hospital satu hingga dua kali sebulan bergantung kepada keadaan kesihatannya.

“Doktor cakap mungkin sebab saya banyak makan pedas. Waktu puasa hari itu saya makan ayam gepuk, lepas itu cuba pula makan ramen dengan kawan-kawan. Mungkin itu antara puncanya.

“Kalau tak nak buat pembedahan, saya kena jaga makan. Tak boleh makan pedas, masam dan sebagainya,"luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain