suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ani Maiyuni nasihatkan Viviana jangan melatah dikecam

Ani tidak mahu Viviana (kiri) terjejas gara-gara komen negatif netizen.

PENYANYI Ani Maiyuni berkongsi nasihat kepada anak perempuannya, Viviana, agar tidak terlalu ambil pusing terhadap komen-komen negatif segelintir pihak di media sosial.

Bagi Ani atau Aishah An-Nur Osman, 48, sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri seni, setiap kritikan harus dijadikan motivasi untuk memperbaiki diri.

"Saya faham usia remaja sekarang ini tidak boleh dicuit. Mungkin dia ternampak komen-komen dan meluahkannya di media sosial.

Luahan Viviana di Threads. 

"Saya selalu pesan kepadanya, sebagai selebriti, kita tidak boleh mudah tersentuh. Ambil setiap komen untuk memperbaiki diri dan tidak perlu berkongsi di media sosial. Kita kena lawan dengan cara sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

Ani berkata demikian sebagai respons terhadap status luahan rasa kecewa Viviana di Threads apabila ada segelintir pihak mempersendakan bentuk fizikalnya.

Penyanyi itu juga sedar Viviana kini masih dalam proses membiasakan diri dengan populariti tatkala namanya semakin dikenali selepas terlibat dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

ARTIKEL BERKAITAN: “Sampai hati buat anak aku” - Ani Maiyuni gesa pembuli Viviana tampil mohon maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak buli siber, Viviana rayu jangan kecam peserta lain… Reda tersingkir suku akhir

"Inilah realitinya dan dia pun baru hendak membiasakan diri. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Mereka boleh cakap apa sahaja, cuma janganlah cepat terasa.

"Saya sendiri pernah berdepan pelbagai kecaman sejak awal bergelar penyanyi. Tapi saya masih gembira dan kecaman itu tidak terbawa-bawa sehingga menjejaskan persembahan.

"Saya pun tidak boleh menyalahkannya kerana menulis di media sosial. Mungkin itu cara dia melepaskan perasaan. Saya tidak mahu kecaman itu memberi kesan kepada kesihatan mentalnya," ujarnya.

Ani terus menyokong perjalanan seni Viviana. 

Viviana atau Wirda Viviana Zairi, 21, sebelum ini berkongsi luahan meminta orang ramai agar tidak memperlekehkan fizikalnya.

"Maaf kalau saya tiada pakej di mata anda. Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya," luahnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Viviana bakal tampil dengan sebuah lagu baharu berjudul Playboii yang juga merupakan ciptaannya sendiri selain menerima tawaran berlakon dalam sebuah drama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain