KEMELUT mahkamah membabitkan usahawan Datuk Red dan bekas isterinya, Adira Suhaimi akhirnya bakal menemui titik noktah apabila dia mengambil keputusan untuk menarik balik kes pengesahan rujuk yang difailkannya sebelum ini.Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 48, menjelaskan, keputusan itu dibuat demi mengelakkan isu berkenaan terus berpanjangan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi negatif terhadapnya. "Saya rancang untuk tarik kes sebab tidak mahu panjangkan lagi cerita dengan Adira. Datuk Red tidak mahu memanjangkan lagi kemelut yang berlaku. "Nanti macam-macam isu timbul dan sebagainya. Ada yang kata saya tidak 'move on' dan sebagainya," katanya ketika dihubungi mStar.Mengakui sedikit sebanyak terkesan dengan kritikan warga maya, Datuk Red mengambil pendekatan untuk mengalah dan tidak meneruskan kes tersebut."Ya, jadinya saya nak puaskan hati semua orang, saya tarik kes ini. Kalau tidak, nanti ada sahaja yang tidak kena.ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red terkilan tidak dapat tiket ke final TTMM2ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datuk Red tak hadap rujuk Adira, sangkal dakwaan minta RM100,000 untuk gugur kes"Tak apalah, tidak mengapa. Biarlah. Dosa pahala semua tanggung sendiri kan," ujarnya.Dalam masa sama, Datuk Red berkata tujuannya berbuat demikian adalah demi menjaga emosi dan masa depan anak-anaknya."Ya, saya sudah 'move on', tidak lagi mahu keruhkan keadaan. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi sebelum ini."Saya juga fikir perasaan anak-anak. Saya tidak peduli sangat dengan apa yang netizen cakap, tapi takut apa tindakan saya ini nanti akan beri kesan kepada anak. Tak apalah, biarlah saya mengalah," jelasnya.Datuk Red hanya memikirkan soal anak-anaknya sahaja. Untuk rekod, Datuk Red telah memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember tahun lalu.Datuk Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun , 7, dan Ayob, 4 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!