suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tam Spider makin petah komunikasi di pentas, ikut saranan M. Nasir

Tam akan cuba berkomunikasi dengan peminat semasa konsert nanti. - Foto CHAN TAK KONG/SMG

SELEPAS dua tahun berturut-turut mengadakan konsert bersama kumpulan Spider, vokalisnya Tam mengakui semakin petah berkomunikasi dengan peminat ketika berada di atas pentas.

Tam atau Rustam Mustafah, 52, berkata sebelum ini dia lebih selesa menyampaikan lagu berbanding berinteraksi kerana bimbang kata-katanya boleh disalah tafsir.

"Saya dapat belajar bercakap sedikit demi sedikit sebab itu memang kelemahan saya. Saya takut orang bosan kalau saya banyak bercakap, jadi saya lebih suka menyanyi," katanya kepada mStar.

Spider bakal lakukan konsert berskala besar pada September nanti.

Tam berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media khas konsert Spideraya yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Menurut Tam, dia tidak berdepan masalah gemuruh ketika membuat persembahan, namun sering berasa kurang yakin untuk berbicara di hadapan khalayak ramai.

"Kadang-kadang perkataan yang keluar itu berterabur. Saya ini mat rock, kalau tersalah cakap nanti takut ada yang tersinggung atau salah faham," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tam Spider harap Lan dan Rody Kristal kembali bersatu demi peminat, duduk berbincang ‘man to man’

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak kelakar nama band sama, Tam Spider cadang buat baru elak peminat keliru

Dalam pada itu, Tam turut berkongsi nasihat yang pernah diberikan oleh penyanyi dan komposer terkenal, M. Nasir, ketika dia mula bergelar penyanyi.

Katanya, dia pernah bertanyakan cara terbaik untuk bercakap di hadapan orang ramai memandangkan dirinya kurang petah berbicara.

"Dia pesan satu perkara, 'kalau kau tak boleh cakap, kau jangan cakap, kau menyanyi saja'. Itu jawapan paling terbaik.

Spider teruja untuk bertemu peminatnya nanti.

"Tapi untuk peminat nanti, saya cubalah cakap sikit-sikit," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Spider bakal mengadakan konsert berskala besar dikenali sebagai Spideraya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 September depan.

Menurut Tam, konsert berkenaan dianjurkan bersempena tiga dekad perjalanan Spider dalam industri muzik tempatan.

"Saya akan bawakan 30 lagu, tiga segmen dan persembahan selama tiga jam pada konsert itu nanti," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain