suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Evertts Gomes hadkan akses media sosial sebelum drama ‘Kudrat’ bersiaran, bimbang pengaruh tidak wajar terhadap pengguna bawah umur

Evertts sudah lama mengehadkan akaun media sosialnya daripada diakses pengguna bawah umur.

PELAKON Evertts Gomes mengambil langkah mengehadkan akses pengguna ke akaun media sosial miliknya bagi mengelakkan ia dikunjungi oleh pengikut bawah umur.

Menurut Evertts, 28, tindakan itu dilakukan sebelum drama Kudrat 1968: High Council dilancarkan bagi mengelakkan pengikut bawah umur, selain sebagai langkah untuk tidak menggalakkan sebarang bentuk perbuatan mendekati atau mempengaruhi kanak-kanak secara tidak wajar (child grooming).

"Pertama sekali, saya hargai usaha dan sokongan semua yang menunjukkan betapa sayangnya anda kepada Kudrat.

"Saya telah mengehadkan akaun saya sebelum Kudrat dilancarkan kerana tidak menyokong perbuatan mendekati atau mempengaruhi kanak-kanak secara tidak wajar (child grooming) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.

Perkongsian Evertts di Threads miliknya.

Perkongsian Evertts di Threads miliknya. 

"Kedua, saya mengehadkan akaun saya atas sebab tertentu. Jadi, bukan bermaksud anda perlu buat akaun lain semata-mata untuk mengikuti saya. Namun, saya tetap menghargai sokongan yang diberikan. Terima kasih," katanya.

Sementara itu, Evertts turut menyeru ibu bapa supaya memantau dan berusaha mengurangkan tempoh masa anak-anak menggunakan telefon bimbit serta menghadap skrin.

Malah, Evertts menggalakkan kanak-kanak ini diberikan tumpuan pembelajaran selain aktiviti yang mampu menajamkan asas kemahiran hidup mereka.

"Kepada semua ibu bapa, saya bukan meminta anda memantau anak-anak 24 jam kerana saya faham kita semua mempunyai kerja dan tanggungjawab masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Evertts Gomes letak sasaran sebelum usia 40, bekerjasama pelakon hebat jadi kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa sakit lakon babak aksi bantu Evertts Gomes jiwai watak, tahu batas elak kesan hari tua

"Saya cuma berharap kita semua dapat mencari cara untuk mengurangkan masa anak-anak menggunakan telefon atau menghadap skrin. 

"Galakkan mereka membaca buku, belajar, pergi ke kelas tuisyen, belajar kemahiran hidup, melakukan aktiviti di luar rumah dan sebagainya. Saya mengehadkan akaun saya sebagai salah satu usaha untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa," ujarnya. 

Dalam pada itu, Evertts turut menitipkan pesanan kepada golongan muda supaya memberikan tumpuan kepada pelajaran dan berusaha mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.

"Kepada adik-adik, belajar bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan.

Evertts memberi pesanan kepada golongan muda supaya memberikan tumpuan kepada pelajaran.

"Saya doakan yang terbaik untuk semua," katanya.

Sebelum ini, drama Kudrat 1968: High Council mencetuskan kontroversi selepas didakwa memberi pengaruh buruk kepada pelajar khususnya berkaitan isu buli.

Malah, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala bentuk drama dan filem yang mempromosikan budaya buli secara tidak langsung atas alasan memberikan pengajaran kepada penonton perlu dihentikan.

Menurut beliau, kandungan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perlakuan ‘copycat’ dalam kalangan anak muda.

Artikel Lain