suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tomok mohon bantuan cari Syuk New Boyz, dah berbelas tahun putus hubungan

Tomok sedang mencari Syuk New Boyz.

PENYANYI Tomok merayu bantuan orang ramai menjejaki bekas pemain bass kumpulan New Boyz iaitu Syuk.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, berkata sudah berbelas tahun mereka terputus hubungan dan dia tidak mengetahui perkembangan terkini sahabatnya itu.

“Berbelas tahun rasanya saya tak dapat bercakap dengan beliau.

Hantaran Tomok di Threads. 

“Kalau ada keluarga atau kawan-kawan yang ada cara untuk hubungi, boleh DM (mesej) saya. Saya mencari Syuk New Boyz,” katanya pada Selasa.

Tomok meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran di platform Threads dengan harapan dapat menghubungi semula rakan lamanya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbelas tahun imej botak, Tomok kini nampak muda selepas berambut... Harap dapat tawaran berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 16 tahun, Tomok rindu bertanding di pentas AJL… Puji kehebatan penyanyi baharu

Untuk rekod, kumpulan New Boyz ditubuhkan pada tahun 1997 dengan lima ahli kumpulan.

Tomok sebagai vokalis, Syuk pemain bass, Along (gitaris utama), Jay (gitaris kedua) dan Mazlan (pemain dram).

Lima ahli asal New Boyz. 

 

Bagaimanapun, perubahan anggota mula berlaku selepas beberapa tahun aktif apabila ada ahli kumpulan mengambil keputusan mengundurkan diri dan membawa haluan masing-masing.

New Boyz dikenali menerusi lagu hits mereka antaranya Sejarah Mungkin Berulang, Meraung, Hiasan Di Laman Rindu dan banyak lagi.

Artikel Lain