PELAKON Shaheizy Sam tidak pernah sesekali meminta atau melarang Syatilla Melvin berlakon, sebaliknya pendirian untuk tidak lagi aktif dalam bidang seni dibuat atas kerelaan isterinya sendiri. Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, berkata kecenderungan dan minat sebenar Syatilla kini lebih tertumpu kepada keluarga dan perniagaannya. “Keputusan itu sebenarnya dia sendiri yang pilih, bukan daripada saya. Bagi saya, Syatilla berlakon ini mungkin dia tak begitu seronok macam mana saya berlakon, sebab bagi saya lakonan ini adalah minat.“Mungkin ketika dahulu dia berlakon kerana mahu mengukuhkan kedudukan kewangan dan sebagainya.Sam berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Tetapi diri dia yang saya kenal, saya tahu dia memang suka dan seronok berniaga selain mahu meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya kepada mStar. Tambah Sam, isterinya itu membuat keputusan tersebut juga berkemungkinan disebabkan komitmen jadual penggambaran yang panjang menyebabkan sukar membahagikan masa bersama anak-anak. “Kalau dia berlakon, dia takkan dapat buat semua perkara sekali gus.“Dia takkan mampu untuk masuk set berlakon, lepas itu nak buat sesi siaran langsung berniaga dan dalam masa sama nak luangkan masa dengan anak-anak.ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun tak bawa watak antagonis, akhirnya Shaheizy Sam jadi jahatARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah mengadu, Shaheizy Sam puji semangat Zizie Izette selepas pemergian Bung Moktar“Sebab itu dia sendiri yang buat pilihan tersebut demi menguruskan hal-hal lain yang lebih diminatinya,” jelasnya.Dalam masa sama, Sam berkata dia menyokong penuh keputusan dibuat isterinya kerana sedar anak-anak memerlukan perhatian daripada ibu bapa.“Sudah tentu saya bersetuju dengan keputusannya itu. Siapa lagi yang boleh tengok-tengokkan budak-budak kalau bukan kita sendiri sebagai ibu bapa.Sam sentiasa menyokong keputusan yang dibuat Syatilla. “Kadang-kadang timbul juga rasa risau kalau nak lepaskan anak kepada orang lain. Walaupun ada orang yang boleh bantu jaga, tetapi sentuhannya tidak sama seperti kita ibu bapa sendiri yang mengasuh," ujarnya.Pada 24 Julai lalu, Syatilla mengakui belum bersedia untuk kembali aktif dalam dunia lakonan kerana mahu memberikan lebih banyak masa dan perhatian kepada tiga anaknya yang sedang membesar.Syatilla berkata, dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada keluarga, namun tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon apabila tiba masa dan naskhah yang sesuai.