suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kurang tidur sampai demam urat, sakit tonsil... Doktor saran Fazura berehat

Fazura menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

PELAKON Nur Fazura terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas beberapa hari mengalami demam.

Perkara tersebut dikongsi oleh pembantu peribadi pelakon berkenaan yang dikenali sebagai Angah. Menurutnya, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 43, turut mengalami masalah tonsil.

"Buat ramai yang bertanya, kami baru sahaja ke Hospital Prince Court. Empat hari Fazura demam urat, sakit tonsil dan muntah," katanya.

Fazura sebelum ini turut berkongsi mengalami masalah gastrik. 

Angah turut memuat naik gambar Fazura ditolak menggunakan kerusi roda, dipercayai ketika sedang mendapatkan rawatan pada malam Selasa. 

Dalam masa sama, dia juga memberitahu hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang masalah serius berkaitan kesihatan Fazura.

Bagaimanapun, pelakon itu dipercayai mengalami demam akibat kurang rehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan provokasi, Fazura mohon jangan campur tangan urusan besarkan anak bersama Fattah Amin 

ARTIKEL BERKAITAN: Aura ‘glowing’ Nur Fazura jadi bualan di majlis pertunangan Bella Astillah, akui belum jumpa jodoh

"Lepas dapat keputusan darah, syukur tiada yang serius. Cuma terlalu penat, kurang tidur dan doktor suruh banyak rehat.

"Jangan risau semua. Doakan Fazura kembali sembuh," jelasnya.

Sebelum ini, Fazura turut memaklumkan dia kurang sihat akibat serangan gastrik dan memohon maaf jika dilihat kurang bermaya di hadapan peminat ketika sesi 'meet and greet' yang diadakan.

 

 

Artikel Lain