USAHAWAN sensasi Liana Rosli menyuarakan pandangan peribadinya susulan kenyataan penceramah, PU Riz yang membenarkan isterinya, Neelofa berkahwin lain jika dia dijemput Ilahi terlebih dahulu.Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM, 45, berkata dia mempunyai prinsip tersendiri dan sudah memasang niat sejak awal perkahwinan untuk tidak mencari pengganti andai suaminya meninggal dunia. “Suami Neelofa kata kalau dia meninggal dahulu, dia benarkan isterinya kahwin lagi. Terpulang, itu hak masing-masing tapi kita boleh cakap sahaja sebab jodoh kita tak tahu.Kak KM lebih mengutamakan anak-anak berbanding yang lain. “Tapi saya, niat daripada awal perkahwinan kalau jadi apa-apa saya tidak mahu kahwin lagi. Saya ada anak perempuan tiga orang. Kalau kahwin lagi, kita tak tahu apa akan jadi dengan ketiga-tiga anak perempuan saya.“Saya tidak fikir tentang diri saya. Risau apa yang anak-anak akan fikir dan tengok apabila saya bermesra dengan suami baharu,” katanya menerusi satu potongan video daripada siaran langsungnya di TikTok. Mengulas lanjut, Kak KM meluahkan kebimbangan mengenai emosi anak-anak yang mungkin akan berasa tersisih dan dilupakan apabila melihat ibu mereka bermesraan bersama pasangan baharu. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM sedia berdamai, tahu Kak Nona berdepan masalah rumah tangga... “Ramai salah faham, saya sekadar teringat bukan rindu”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak jemput datang ‘open house’, hubungan Kak KM dengan Kak Nona kembali renggang"Saya tidak fikir diri saya. risau apa yang anak-anak akan fikir dan tengok apabila saya bermesra dengan suami baharu. “Apa perasaan dia (anak-anak) bila tengok saya dan suami baharu bermesra depan mereka dan lupakan mereka? Janganlah terburu-buru untuk cari pasangan yang baharu selepas kematian pasangan.“Kepada yang sudah berkahwin baharu selepas kematian pasangan pula, jangan tunjuk sangat kau punya bahagia dekat anak-anak,” ujarnya. Kak KM akan terus bersama pasangan walaupun apa yang terjadi. Sebelum ini, PU Riz secara terbuka berlapang dada membenarkan isterinya, Noor Neelofa untuk berkahwin lain jika dia menghembuskan nafas terakhir terlebih dahulu.Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz, 31, berkata ini kerana perkahwinan juga merupakan satu tuntutan ibadah yang akhirnya turut memberikan manfaat buat si mati.