PELAKON Aniq Suhair mengalami batuk berterusan dan kahak berdarah susulan kualiti udara tidak sihat akibat jerebu.Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 26, mendedahkan simptom pernafasan itu mula dialaminya sejak Selasa lalu dan kini sedang mendapatkan rawatan susulan. “Saya harap semua pihak supaya memandang serius isu jerebu dan pembakaran terbuka. Tolong jaga kesihatan masing-masing.Hantaran Aniq di Threadsnya. “Secara peribadi, saya sendiri mengalami batuk yang berterusan, kesukaran bernafas, dada terasa berat dan kahak berdarah sejak Selasal,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Tidak mahu perkara sama dihadapi oleh orang lain, Aniq meminta orang ramai agar tidak mengambil mudah terhadap kemerosotan kualiti udara dengan mengambil langkah pencegahan yang lebih awal. “Kurangkan aktiviti di luar ketika keadaan jerebu teruk, gunakan pelitup muka yang sesuai apabila perlu berada di luar rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Umur dah cecah 26 tahun, Aniq Suhair nak kahwin tapi belum jumpa wanita memenuhi kriteriaARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair akui terlepas pandang ‘belanja‘ pusat dalam filem, masih jaga prinsip batas aurat"Pastikan pengudaraan dalaman berada dalam keadaan baik dan sentiasa peka terhadap bacaan kualiti udara,” ujarnya. Dalam pada itu, Aniq turut menyeru pihak berkuasa dan negara-negara di rantau ini agar mengambil tindakan proaktif dalam menangani krisis pembakaran terbuka rentas sempadan itu. “Kepada pihak berkuasa serta semua negara yang terlibat, saya berharap isu pembakaran terbuka dan jerebu rentas sempadan dapat terus diberi perhatian serius. Aniq harap masalah tersebut dapat dibendung. "Kita berkongsi rantau yang sama, udara yang sama dan akhirnya, kesannya turut dikongsi bersama," tambahnya. Untuk info, setakat pukul 7 pagi Rabu, sebanyak 33 Kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap yang tidak sihat akibat jerebu. Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor mancatat bacaan tertinggi iaitu 176, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (173) manakala Nilai, Negeri Sembilan (171).