PELAKON Nam Ron tidak menolak kemungkinan karya bergenre biopik antara faktor filem terbaharu lakonannya berjudul Terbang kurang mendapat sambutan di pawagam sejak ditayangkan pada 17 September.Meskipun berasa kecewa, Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, sedar 'kuasa' pembelian tiket terletak di tangan penonton yang membuat pilihan sendiri untuk menyaksikan filem berkenaan di layar perak. "Kalau nak cakap kecewa memanglah, saya sendiri pun ada rasa juga. Filem ini baik, dibuat dengan baik tapi orang tak terpanggil untuk datang tengok. Nam Ron sudah melakukan yang terbaik mempromosikan Terbang. "Tidak boleh nak salahkan penonton sebab mereka yang keluarkan duit untuk beli tiket. "Antara teori-teori yang paling dekat adalah filem biopik susah sikit untuk panggil orang datang tengok. Kalau lihat sejarah sebelum ini pun banyak filem genre sama yang tak boleh pergi," katanya ketika dihubungi mStar.Nam Ron mengulas perkara tersebut selepas heboh di media sosial bercakap tentang kurangnya sambutan penonton yang membeli tiket untuk menyaksikan filem tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron lega lakonan dihargai tuan badan, pujian jadi pembakar semangat - “Alhamdulillah dapat ’approve’ daripada watak sebenar“ ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan dikritik, Nam Ron okey saja tapi bengang Beto Kusyairy kena kecam... “Saya marah dan sakit hati bila idola diganggu“Sebagai salah seorang pelakon yang terlibat, aktor ini memberitahu dia telah melakukan sebaik mungkin sepanjang penghasilan filem berkenaan termasuk menghadiri sesi promosi bersama peminat."Kita dah buat marketing, dah buat awal... dua bulan sebelum keluar dah mula promosi. Kita hebahkan, tapi tak boleh paksa orang datang."Sebagai pelakon dah buat kerja, terjemahkan skrip ke skrin. Dah buat kerja marketing, macam-macam acara dah buat. Tak boleh nak salahkan pelakon," ujarnya. Tidak boleh nak salahkan penonton sebab mereka yang keluarkan duit untuk beli tiketNAM RON PELAKON Di sebalik itu, Nam Ron turut bangga apabila karya arahan Chiu Keng Guan mendapat komen positif dalam kalangan penonton yang sudah menonton di pawagam."Bila dapat komen macam itu rasa bangga juga dengan hasil kerja yang dibuat sebab dapat puaskan hati penonton. "Bangga juga sebab ada produksi yang berani angkat tema macam ini," luahnya.Lakonan Nam Ron dalam Terbang mendapat pujian ramai. Menerusi filem biografi ini, Nam Ron membawa watak Rahim, inspirasi daripada tokoh sebenar iaitu Datuk Abdul Razak Dawood yang menjadi individu penting dalam pengurusan kejayaan legenda pelumba negara, Karamjit Singh.Selain Nam Ron, Terbang turut membariskan Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.