suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irfan Zaini enggan melatah, kutipan rendah bukan ukuran filem ‘Terbang‘ gagal

Irfan harap filem ini dapat diterima ramai.

PELAKON Irfan Zaini enggan melatah atau bersedih susulan filem lakonannya, Terbang hanya mencatatkan kutipan sekitar RM1.2 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 31, menegaskan angka kutipan tiket bukan kayu ukur mutlak untuk melabelkan sesebuah karya itu gagal.

“Bukan fasal sedih atau tidak, sebaliknya saya duduk berfikir di mana kesilapan kita dan apa yang boleh diperbaiki. Kalau kita duduk bersedih pun, ia tidak membawa kita ke mana-mana.

Filem terbang mendapat kutipan RM1.2 juta selepas seminggu ditayangkan. 

“Sebelum buat filem Terbang, kita sudah tahu naskhah ini membawa risiko yang besar kerana selalunya penerbit dan pengarah lebih suka memilih jalan selamat. Penonton kita kalau musim aksi, mereka mahu aksi sahaja. Bila musim hantu, mereka cari cerita hantu.

“Bila kita cuba sesuatu yang luar daripada kotak, memang risiko itu tinggi. Tetapi kalau ia berjaya, ia mampu mengubah corak dan algoritma industri filem Malaysia kepada penghasilan karya yang lebih unik dan sarat emosi,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Menjawab dakwaan segelintir warganet yang melabelkan filem itu kurang mendapat sambutan, Irfan berpendapat nilai sebuah karya seni terletak kepada penerimaan jiwa penonton.

“Sebuah filem itu gagal atau tidak, kita tidak boleh nilai semata-mata daripada sudut pecah panggung sahaja. Kalau dinilai dari sudut jalan cerita, saya belum melihat satu pun ulasan negatif daripada netizen mengenai Terbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron lega lakonan dihargai tuan badan, pujian jadi pembakar semangat - “Alhamdulillah dapat ’approve’ daripada watak sebenar“

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil tawaran tanpa fikir panjang, Zizan Razak bangga terlibat filem biografi wira permotoran... “Daripada kecil tengok dia“

“Walaupun kutipan kita belum mencapai sasaran yang diimpikan, tetapi apa yang pelik di Threads penuh dengan komen positif sehingga ada netizen yang marahkan orang lain kerana tidak menonton filem ini.

“Kutipan memang tidak sehebat filem-filem komersial lain, tetapi apa yang kami tahu filem ini sudah berada di hati penonton dan menyentuh emosi setiap warga yang menontonnya,” ujarnya. 

Bercakap mengenai penampilan pertamanya sebagai teraju utama dalam filem berbahasa Melayu, Irfan mengakui ia merupakan satu tanggungjawab besar buatnya. 

Irfan harap Terbang dapat mencapai kutipan yang memberansangkan. 

“Sebelum menerima watak Ajeet, saya sangat risau kerana ini naskhah yang besar untuk saya membuat debut sebagai wira dalam filem Melayu bersama produksi gergasi dan pengarah hebat seperti Mr. Chiu (Chiu Keng Guan).

“Namun bila melihat reaksi penonton pada malam tayangan gala sewaktu babak klimaks, hampir semua orang menitiskan air mata. Rasa lega sangat sebab kami tahu kami sudah jalankan tanggungjawab dengan betul,” ujarnya.

Selain Irfan, filem biografi ini turut membariskan pelakon hebat seperti Nam Ron, Zizan Razak, Jack Tan, Shweta Sekhon dan Diana Danielle.

 

Artikel Lain