suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas 16 tahun, Tomok rindu bertanding di pentas AJL… Puji kehebatan penyanyi baharu

PENYANYI Tomok memberitahu dia kagum melihat bakat dan semangat penyanyi baharu yang bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 42, berkata, kemunculan ramai penyanyi muda di pentas berprestij itu secara tidak langsung menyuntik semangat buat dirinya untuk kembali menghasilkan karya berkualiti.

Malah, membuatkan dia kembali bersemangat untuk memperjuangkan muzik dan mengimpikan kemunculan semula di pentas AJL

“Saya pernah bertanding di pentas AJL pada tahun 2009 dan 2010 jadi sudah lama tinggakkan pentas prestij tu, pengalaman yang sukar digambarkan pada ketika itu bila kali pertama di pentas besar.

“Rezeki sampai situ saja dan sekarang ini paling besar pun sekadar semi final saja, tapi tak apa saya kagum dengan semangat serta hasil kerja yang ditampilkan oleh penyanyi baru yang bertanding semuanya hebat-hebat.

“Bila lihat kejayaan penyanyi-penyanyi tu membuatkan saya lebih semangat untuk berjuang dan hasilkan karya baru untuk masuk kembali pentas AJL tu nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi