suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana tak pernah umum tinggalkan dunia seni... Terbuka terima tawaran lakonan

PELAKON Nadzmi Adhwa memaklumkan dia dan isterinya, aktres Ardell Aryana, tidak pernah mengumumkan sudah bersara daripada dunia lakonan.

Menurut Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 34, bidang lakonan masih menjadi minat mereka meskipun kini lebih banyak memberi tumpuan kepada perniagaan yang semakin stabil.

“Saya dan isteri tak pernah cakap tak nak berlakon atau berhenti berlakon.

“Kalau ada tawaran atau kena pergi casting, kami akan pergi sebab ini memang minat kami.

“Bila tidak berlakon atau mengacara, saya akan fokus berniaga. Tapi kalau dipanggil untuk berlakon, tak salah untuk kami terima sebab perniagaan kami pun sudah stabil,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Nadzmi berkata soal bayaran bukan menjadi keutamaan utama dalam menentukan sama ada mereka akan menerima sesuatu tawaran lakonan.

Malah, mereka lebih terbuka dan tidak pernah meletakkan tuntutan bayaran yang terlalu tinggi selagi tawaran diterima dirasakan berbaloi dengan komitmen yang perlu diberikan.

“Kami tak pernah demand soal bayaran. Kalau harga itu berbaloi untuk kami buat, mesti kami akan buat,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi