suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rezeki mencurah-curah, Eda Ezrin terbuka terima teguran pemakaian... Pilih padam dan ‘block’ komen lucah

PENYANYI Eda Ezrin menerima setiap kecaman dan teguran netizen berhubung pemakaiannya semasa membuat persembahan pentas.

Selain teguran pakaian yang dikatakan ketat sehingga menampakkan bentuk badan, ada juga segelintir netizen menulis komen berbaur lucah di video persembahannya itu.

Menjawab mengenai perkara itu, Eda atau Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu melayan komen negatif berkenaan.

“Yang mana netizen komen dan tegur tu harap semua mendoakan baik-baik saja buat saya, kalau yang terlebih tu saya tidak mahu ulas lanjut.

“Saya baca semua komen dan teguran netizen tu, cumanya biasalah bila dalam industri ni saya kena terima seadanya syukur saya kuat serta dapat terima semua ini.

“Mana yang komen berunsur lucah tu semua saya blok dan delete saja sebab nak jaga mental saya daripada terganggu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi