suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muntazar Ghufran dah ‘move on’ isu RM500, tak ambil hati gurauan kes lama... Titip doa buat bekas tunang

LEBIH setahun selepas kontroversi putus tunang, pelakon Muntazar Ghufran mengakui dirinya masih terbuka soal jodoh.

Menurut Muntazar, 23, pengalaman yang dilalui sebelum ini tidak membuatkan dia serik untuk mencari pasangan hidup, sebaliknya memilih untuk menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Benda yang lepas biarkan berlalu, nak kata serik tidak (untuk berkahwin).

“Alhamdulillah saya dah ada journey yang baru. Hati masih kuat dan jadi orang lebih baik dari tahun lalu.

“Saya pun tak nak membenci sesama manusia. Apa yang dah lepas saya maafkan dan saya minta maaf. Tak mahu isu ini berpanjangan,” katanya kepada mStar.

Bercakap mengenai kontroversi yang pernah mengaitkan dirinya dengan isu kewangan, Muntazar mengakui perkara itu masih diingati sesetengah pihak walaupun dia sendiri sudah memilih untuk 'move on'.

Malah, sehingga kini dia masih berdepan dengan gurauan 'RM500' setiap kali bertemu orang ramai.

Sebelum ini, bekas tunangnya iaitu aktres Saidah Kamarudin pernah mendakwa pelakon berkenaan mempunyai masalah kewangan yang menjadi antara punca utama hubungan mereka berakhir selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Saidah turut mendedahkan Muntazar hanya mempunyai simpanan RM500 pada ketika itu dan jumlah berkenaan dikatakan hanya cukup untuk menyara dirinya sahaja.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi