suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah puas pakai kereta mewah, sekarang Wak Doyok lebih selesa pandu Myvi... Jimat RM6,000 sebulan

IKON fesyen Wak Doyok mengakui dia kini lebih selesa menjalani kehidupan secara sederhana dan berjimat dengan tidak lagi memandu kereta mewah.

Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 47, berkata dia tidak peduli tanggapan negatif netizen kerana tidak mahu membebankan diri dengan komitmen kenderaan yang tinggi.

Lebih-lebih lagi keadaan ekonomi tidak menentu membuatkan dia menjual sebahagian kereta mewah yang pernah dimilikinya sebelum ini.

“Untuk hari minggu saya akan pandu kereta Myvi sebab waktu kerja dan sangat jimat minyak, manakala untuk hujung minggu pula saya akan gunakan kereta mahal Mustang.

“Banyak kereta mewah saya sudah jual dan hanya tinggal tiga buah saja, ini kerana tidak mahu menanggung kos bebanan setiap bulan dan sekarang ini lebih selesa naik perodua Myvi saja. 

“Saya tidak kisah orang nak cakap apa sebab bukannya mereka yang tanggung saya setiap bulan, orang nak cakap saya tak ada duit itu semua tidak benar, sekarang masih ada duit cumanya lebih berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi