suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri ruang ‘me time’, tiada rahsia kongsi password telefon... Ini cara Ryzal Ibrahim jaga hubungan dengan isteri

PERSONALITI media sosial, Ryzal Ibrahim mengamalkan sikap bertolak ansur dalam rumah tangga bagi memastikan hubungannya bersama isteri, Maryam You Narae sentiasa bahagia.

Menurut Ryzal, 34, kehidupan pada zaman sekarang sudah berubah dan pasangan suami isteri perlu saling memahami serta tidak mementingkan diri sendiri, terutama dalam soal kerjaya dan tanggungjawab menjaga anak.

"Bila saya kerja, Maryam jaga anak dan bila dia kena kerja, sayalah yang jaga anak walaupun ada orang gaji.

"Dari awal perkahwinan saya dah amalkan sebab zaman dah berubah. Sekarang suami dan isteri kena bekerja.

"Kalau boleh bertolak ansur, buatlah. Jangan sampai pentingkan diri sendiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ryzal turut memberitahu dia dan Maryam tidak menyimpan sebarang rahsia antara satu sama lain, termasuk berkongsi kata laluan telefon masing-masing.

Katanya, kepercayaan dan pemahaman terhadap pasangan penting bagi memastikan rumah tangga mereka berjalan dengan baik.

"Saya dan Maryam tiada rahsia, kami tahu kata laluan telefon masing-masing. Kena faham pasangan kita.

"Bila kita faham pasangan, takkan nak tanya setiap masa. Contohnya, kalau saya pergi kerja di Kelantan, dia takkan telefon saya setiap masa," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi