suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Salah tetap salah” - Norreen Iman sangka baik setiap teguran, anggap peminat terima seadanya

PELAKON Norreen Iman mengakui ada segelintir individu yang menegurnya secara bersemuka mengenai penampilannya yang kini tidak lagi bertudung.

Norreen, 32, berkata dia menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan enggan membalas atau melawan setiap kritikan yang diberikan.

“Sekarang ini saya lalui saja kehidupan ini sebab apa pun saya buat semunya hanya untuk keluarga, suka atau tidak orang tetap akan bercakap mengenai keburukan kita.

“Benda soal tudung ni saya tidak boleh puaskan hati semua pihak, perkara yang salah tetap salah, cumanya saya tahu diri sendiri macam dan harap jadi lebih baik masa akan datang.

“Mengenai teguran atau kritikan soal tudung tu saya tak nak balas balik, terima saja apa yang mereka (netizen) nasihatkan kepada saya malah ada juga yang tegur depan-depan soal tudung ni,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi