suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Irfan Zaini sibuk penggambaran di India, mak sampai nak buat ‘appointment’ untuk jumpa

PELAKON Irfan Zaini mengakui tuntutan kerja menyebabkan dia terpaksa mengorbankan banyak masa bersama keluarga. 

Irfan atau Muhammad Irfan Mohamed Zaini, 36, berkata jadual kerja yang padat membuatkan masa bersama keluarga semakin berkurangan meskipun mereka tinggal sebumbung.

“Keluarga saya antara yang banyak berikan sokongan dalam kerjaya saya malah lama juga saya tidak dapat luangkan kualiti masa bersama keluarga buat masa ini.

“Sebab sekarang ni saya terlalu sibuk walaupun tinggal serumah namun untuk ada masa dengan keluarga memang tidak ada, balik rumah pun lewat malam dan pagi tu nak pergi kerja jadi waktu tu macam tak ada.

“Saya kadang-kadang ada di India dan Malaysia jadi memang waktu macam dulu tu sudah tiada sampaikan terlepas dua kali untuk beraya dengan keluarga, terima kasih dekat keluarga sebab memahami kerja dan sentiasa sokong,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi