suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 tahun pegang status duda, Luqman Hafidz selesa tidak sunyi tanpa pasangan

PELAKON dan pengarah Luqman Hafidz mengakui masih belum terbuka hati untuk menerima kehadiran wanita baharu dalam hidupnya biarpun hampir lima tahun bergelar duda.

Luqman atau Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi, 35, berkata buat masa ini dia lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

“Saya bersyukur sebab keluarga tidak banyak bertanya soal jodoh dan faham keadaan saya, sekarang ini lebih sibuk bahagikan masa untuk kerja dan urusan peribadi, bab jodoh ni memang saya berserah saja.

“Dulu mungkin ada ‘anxiety’ terhadap perkara macam ini tetapi sekarang ini ada ilmu sikit jadi tahu macam mana nak kawal diri serta emosi.

“Saya ajar diri untuk kuat bila seorang terutama bila dalam industri hiburan ni, anggap ini adalah fasa dalam kehidupan saya, malah lakonan itu juga buat jadi trauma kadang-kadang… jadi tak pernah rasa sunyi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi