suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Itu saja penawar rindu saya“ - Enam bulan berlalu, Amyza Aznan masih hantar mesej ke nombor telefon arwah anak

SUDAH enam bulan berlalu sejak pemergian anaknya, pelakon Amyza Aznan masih terus menghubungi nombor telefon Allahyarham Andre Mikhail sebagai terapi mengubati kerinduan.

Menurut Amyza, 50, dia akan terus menghantar mesej kepada anaknya itu walaupun menyedari suatu hari nanti nombor berkenaan tidak akan aktif lagi.

“Sampai sekarang saya masih lagi mesej ke nombor anak saya. Nombor itu masih lagi aktif. Saya tak boleh kalau nak kongsi fasal anak ini.

Amyza tak akan berhenti hubungi Allahyarham Andre.

“Saya akan terus mesej dia walaupun satu tanda pun saya tak kisah. Sebab saya tahu sekarang walaupun tanda dia berganda pun masih tiada siapa yang jawab.

“Saya okey saja, janji saya mesej dia. Itu cara saya luahkan rindu. Setiap hari saya akan hantar ‘Assalamualaikum Andre’,” katanya kepada mStar.

Kata Amyza, dia juga tidak mempedulikan kecaman atau pandangan negatif orang ramai mengenai tindakannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyza Aznan terus berjuang, anak jalani 80 sesi rawatan kanser tulang

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Amyza Aznan jalani prosedur baharu rawatan kanser tulang

“Itu saja pun penawar rindu saya. Saya tahu tak berjawab, saya tahu saja dah double tick, tak ada orang jawab.

“Tapi tak apalah, tak kisah pun orang nak cakap saya gila ke, orang nak cakap saya apa. Saya tak kisah,” jelasnya.

Tambah Amyza, setiap kali berkongsi mengenai perkara tersebut di media sosial, dia turut menerima komen daripada netizen yang pernah melalui pengalaman sama selepas kehilangan insan tersayang.

Sesiapa yang kehilangan pasti akan buat benda sama.

AMYZA AZNAN

PELAKON

“Bukan saya seorang saja yang buat macam itu. Kalau saya kongsi, semua komen mereka pun buat benda yang sama.

“Mesej suami, mak atau anak mereka yang sudah pergi sampai sekarang. Maknanya bukan saya seorang saja yang buat benda itu. Sesiapa yang kehilangan pasti akan buat benda sama,” kongsinya.

Allahyarham Andre meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Sebelum ini, tular video memaparkan Amyza menghantar mesej kepada nombor telefon anak sulungnya itu sebagai cara untuk mengubati kerinduan terhadap arwah.

Untuk rekod, Allahyarham Andre meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser paru-paru.

Pada bulan yang sama dia turut mendedahkan anak keduanya Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang, kira-kira setahun selepas anak sulungnya bertarung melawan kanser paru-paru.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain