suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada orang tahu Thalita masuk tandas menangis selepas nyanyi lagu arwah Siti Sarah, dapat rasa aura atas pentas

PENYANYI Thalita mengakui sehingga kini dia masih belum dapat menahan sebak setiap kali menyanyikan lagu-lagu nyanyian arwah ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin.

Thalita atau nama sebenarnya Dzahira Talita Zahra, 13, berkata, biarpun semakin bijak mengawal emosi ketika berada di atas pentas, namun ada kalanya perasaan rindu dan sayu itu hadir tanpa dapat dibendung.

Malah Thalita berusaha menyembunyikan rasa kesedihan itu daripada orang ramai dan memilih menangis sendirian selepas selesai membuat persembahan.

“Saya masih sebak terutama bila menyanyikan lagu arwah ibu tapi sekarang ini Alhamdulilah makin pandai kawal perasaan sedih itu terutama bila berhadapan orang ramai.

“Cuma ada juga beberapa persembahan tu tidak dapat menahan rasa nak nangis sebab rindu dengan arwah ibu, selepas nyanyi lagu arwah ibu mesti akan masuk tandas dan menangis.

“Kadang-kadang bila nyanyi tu rasa macam aura arwah ibu tu ada dengan saya, susah sebenarnya nak gantikan ibu tapi saya cuba jadi penyanyi yang terbaik meskipun bukan macam arwah ibu,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi