suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zizan Razak rancang wujudkan platform lawak, beri bayangan ‘comeback’ Jozan

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak memberi bayangan kumpulan Jozan bakal kembali menghiburkan peminat selepas sekian lama menyepi membawa haluan masing-masing.

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 42, dia dan Johan kini sedang merancang sesuatu dalam bidang komedi namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai perkara itu.

“Bila cerita soal Johan ni memang sukar nak gambarkan sebab kalau kerja dengan Johan memang tidak boleh ditukar ganti sebab bila bersama kami jadi Jozan.

“Banyak kenangan kami bersama terutamanya dalam bidang komedi ini sehingga meninggalkan kesan kepada semua sehingga ke hari ini.

“Sekarang ini masalah utama buat pelawak adalah platform komedi macam sudah berkurangan dan kami sedang merancang sesuatu, mungkin Jozan akan kembali nanti,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi