suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Beza dulu dengan sekarang jalan berkepak sikit” - Mark Warn dituduh makin lupa diri selepas popular

PERSONALITI media sosial Mark Warn menafikan dakwaan dirinya semakin riak dan sombong selepas namanya semakin dikenali ramai.

Terkejut dengan perkara itu, Mark atau nama sebenarnya Mohd Shazwan Saburi, 34, berkata dia masih kekal dengan sifatnya rendah diri meskipun sedang bergiat aktif dalam pelbagai bidang seni.

“Sebenarnya itu adalah fitnah semata-mata sebab saya masih lagi seperti dahulu, tiada apa yang berubah kalau nampak pun mungkin cara berjalan sedikit berkepak (nada bergurau).

“Bila dapat peluang jadi pelakon, pelawak, pelukis, personaliti media sosial ni satu perasaan yang sukar nak gambarkan sebab ini adalah impian saya daripada kecil kan, orang yang kenal saya pasti tahu perangai saya ni.

“Jadi nak cakap saya riak ke atau lupa diri, sebenarnya saya ni jenis susah nak serius, suka buat kelakar jadi untuk balas kenyataan orang yang tuduh saya tu, biarlah tuhan yang balas,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi