suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Den Manjo takut peminat wanita terlebih mesra, pernah diugut siap nak hantar santau

PENYANYI Den Manjo pernah berdepan pengalaman sukar dilupakan sewaktu berjumpa dengan peminat fanatik.

Selain kata-kata sokongan, Den atau nama sebenarnya Mohamad Hafizzudin Md Yusof, 30, turut memberitahu pernah menerima mesej pelik daripada individu misteri yang mengugut mahu membunuhnya dan menghantar sihir.

“Saya terkejut dan takut pun ada sebab pernah alami satu kejadian ada peminat yang fanatik terhadap saya sehingga boleh kata setiap persembahan di negeri Kelantan mesti ada dia.

“Lagi satu saya pernah dapat mesej pelik daripada orang misteri yang cakap nak bunuh saya, nak hantar sihir kepada saya dan tidak puas hati dengan saya.

“Mulanya ingat gurauan tapi bila tengok balik macam orang kurang siuman pun ada sebab cara mesej tu pelik sikit,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi