suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Jahari tak terfikir kembali ke AJL, dah 4 bulan duduk ‘gua’ tak jumpa orang

PENYANYI Amir Jahari tidak bercadang untuk kembali menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL) meskipun pernah diumumkan sebagai juara menerusi lagu Hasrat pada edisi ke-38.

Menurut Amir atau Mohamad Amirullah Jahari, 34, pengalaman menyertai AJL sebelum ini sudah memadai dan dia tidak mahu terlalu kerap muncul dalam program berprestij berkenaan.

"Bagi saya, cukuplah sekali. Tak nak berkali-kali muka saya. Mungkin ada pengurusan artis fikir kalau masuk berkali-kali itu bagus untuk kekal relevan.

"Tapi disebabkan mereka memang daripada jalur hiburan. Macam saya lebih kepada seni," katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Amir mengakui AJL38 bukan sesuatu yang dirancang olehnya kerana penyertaannya dalam pertandingan tersebut berlaku secara tidak disangka.

Tambah Amir, keputusan sama ada dia akan kembali menyertai AJL pada masa akan datang juga bergantung kepada keadaan serta pengurusan baharunya.

"AJL bukan tempat saya sebenarnya. Saya masuk pun atas izin Allah. Luncai Emas yang hantar lagu saya ke Muzik-Muzik tanpa pengetahuan saya dan pengurusan, tapi kami bersyukur dengan perkara itu.

"Tapi kalau saya sendiri, saya tak rasa pun nak hantar. Cuma pada masa depan saya tak tahu sebab pengurusan saya dah bertukar," jelasnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi