suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Siapa kata kuat makan tak boleh kurus?“ - Ranisha mahu berat badan ideal agar lebih diterima

PENYANYI Ranisha tidak melatah apabila segelintir pihak menyarankan dia perlu mengubah penampilan terutama aspek berat badan bagi memastikan dirinya terus mendapat tempat dalam industri muzik.

Ranisha atau nama sebenarnya Farranisha Shazwany Mohd Faizul, 26, berkata, dia menganggap teguran berkenaan sebagai tanda keprihatinan peminat terhadap dirinya.

“Saya sangat sayangkan diri saya, jadi kalau ada orang suruh kuruskan sedikit atau apa-apa pun, saya terima komen itu secara terbuka.

Ranisha yakin dengan penampilan dirinya.

“Bagi saya, apabila orang berkata begitu, bermakna mereka ambil berat mengenai saya.

“Jadi mungkin selepas ini kalau nak keluarkan karya baharu, pada masa sama saya boleh jaga dari segi penampilan juga. Kira kena seiring,” katanya kepada mStar.

Ranisha berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad.

Ditanya sama ada dia sanggup mengambil jalan pintas untuk menurunkan berat badan seperti dilakukan sesetengah selebriti, Ranisha berkata, dia lebih mengutamakan kesihatan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan lebih bertenaga daripada peserta, Daniel Chuer tiada niat ‘overshadow’ Ranisha

ARTIKEL BERKAITAN: Hussain tepati ramalan... Juara Big Stage X Rocketfuel

Bagaimanapun, dia menghormati keputusan individu lain dalam soal menjaga bentuk badan masing-masing.

“Bagi saya, benda itu keputusan masing-masing. Kalau saya nak sihat, tidak bermakna benda itu tidak sihat adalah keputusan mereka.

“Kita kena hormati keputusan masing-masing dan saya pun ada keputusan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ranisha mengakui dia sememangnya gemar menikmati makanan namun percaya masih ada cara untuk mendapatkan berat badan ideal tanpa mengabaikan kesihatan.

Mereka adalah orang yang sentiasa menyokong saya sejak kecil.

RANISHA

PENYANYI

“Saya suka makan! Siapa kata kuat makan tak boleh kurus? Bagi saya, ini juga bagus kerana ia boleh meningkatkan stamina dari segi vokal dan ketahanan suara supaya saya sentiasa sihat.

“Insya-Allah, kita tengok nanti macam mana,” ujarnya.

Sementara itu, Ranisha mengakui bukan mudah untuknya menempuh pelbagai dugaan sepanjang perjalanan membina nama dalam industri seni.

Katanya, antara cabaran paling berat adalah kehilangan insan tersayang yang selama ini menjadi antara penyokong kuat kerjaya seninya.

Ranisha cukup berpuas hati dengan tempat ketiga Big Stage X Rocketfuel (BSR).

Malah, pada 12 Ogos lalu, Ranisha baru sahaja kehilangan nenek yang cukup rapat dengannya.

“Minggu lalu saya kehilangan nenek, jadi memang berat untuk saya melakukan persembahan dan mengawal emosi.

“Mereka adalah orang yang sentiasa menyokong saya sejak kecil. Bila saya masuk televisyen saja, mereka cukup berbangga dengan saya,” kongsinya.

Pada pentas akhir Big Stage X Rocketfuel (BSR), Ranisha berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga sekaligus berpeluang membawa wang tunai berserta trofi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain