suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan batal! ‘Konsert Kelate ke KL 2026‘ ditangguhkan...tambah artis, pindah lokasi besar

Penganjur akan memulangkan wang pembeli tiket.

KONSERT Kelate Ke KL 2026 yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan ditangguhkan ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Pengarah Projek Konsert Kelate Ke KL 2026, Ayob Abd Majid berkata, keputusan itu dibuat susulan jualan tiket yang agak perlahan apabila hanya kira-kira 40 peratus terjual setakat ini.

Menurut Ayob, pihaknya turut mempertimbangkan untuk memindahkan lokasi konsert ke Mega Star Arena, Kuala Lumpur, selain merancang menambah barisan artis bagi menarik lebih ramai penonton.

"Saya cakap jujurlah memang jualan tiket konsert ini agak perlahan, lebih kurang 40 peratus saja terjual. 

Konsert Kelate KL 2026 ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

"Jadi rasanya perlu tukar ke lokasi lebih besar kerana kemungkinan ada penambahan artis insya-Allah. 

"Kami sedang menunggu tarikh untuk berpindah ke Mega Star Arena. Kami akan maklumkan pada satu sidang bersama media kelak," katanya ketika dihubungi mStar

Dalam pada itu, Ayob memaklumkan penambahan artis tidak dapat dilakukan jika konsert kekal di lokasi asal kerana ia memerlukan kos yang lebih tinggi dan dilihat kurang berbaloi.

ARTIKEL BEKAITAN: Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besar

ARTIKEL BEKAITAN: Izzue Islam nafi orang Kelantan berpuak, jawab dakwaan hanya berkawan dengan sama negeri sahaja

"Kami rasa artis yang kami tambah ini boleh menarik lebih ramai penonton. Kalau kita kekalkan lokasi konsert dan tambah artis, kami tak boleh buat sebab modal besar. Tak berbaloi. 

"Kalau di lokasi besar jualan tiket boleh dibuat dengan lebih murah. Sebelum ini banyak juga maklum balas yang diterima katanya tiket mahal. 

"Tiket paling murah RM160, kita tak boleh turunkan lagi sebab tempat kecil. Kalau dah tukar di lokasi lebih besar nanti, bolehlah harga tiket diturunkan dengan lebih ramai penonton. Jadi bolehlah menanggus kos," ujarnya. 

Ayob ingin membuka peluang untuk penyanyi dari Kelantan menunjukkan bakat.

Ayob bagaimanapun menjangkakan konsert berkenaan dapat direalisasikan sekitar November depan.

"Insya-Allah jangkaan konsert ini akan berlangsung sekitar bulan November, sebelum akhir tahun," katanya. 

Konsert Konsert Kelate Ke KL 2026 akan membariskan penyanyi popular dari Kelantan seperti Eda Ezrin, Den Manjo, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain