GARA-GARA satu kenyataan di Threads ketika Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) sedang berlangsung pada Sabtu lalu, penyanyi Akim Ahmad berdepan salah faham apabila hantaran tersebut dikaitkan dengan acara berkenaan.Tampil menjelaskan perkara itu, Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 35, menegaskan hantaran berkenaan tidak ditujukan kepada AJL40 mahupun mana-mana peserta yang bertanding. “Tak ada (bukan ditujukan kepada acara AJL40). Saya sudah tengok keseluruhan, jangan kata saya tak tengok dan dengar. Cuma saya rumuskan bunyi tak menipu.Akim jelaskan salah faham mengenai hantaran yang dimuat naik.“Jadi lagu yang bagus, lagu yang sedap adalah lagu yang sedap. Lagu yang berkualiti adalah lagu yang berkualiti. Penyanyi yang baik adalah penyanyi yang baik.“Itu benda yang generik dan tak ada menujukkan kepada seseorang, tak tuju ke mana-mana yang hidup mahupun yang tak ada,” katanya kepada mStar.Akim berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas program Big Stage X Rocketfuel di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada malam Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Akim Ahmad, berat badan Qilo turun 7kg dalam tiga mingguARTIKEL BERKAITAN: [V] Bapa hidap kanser paru-paru, ‘turning point’ Akim Ahmad berhenti merokokMengulas mengenai reaksi peminat yang mengaitkan hantaran tersebut dengan salah seorang peserta AJL40, Akim berkata tiada maksud tersirat di sebalik perkongsian berkenaan.“Semua itu saya macam mengingatkan diri saya juga. Sebenarnya ia lebih kepada apabila kita bercakap pasal bunyi ini, sebab saya buat rakaman, apabila proses rakaman itu kadang-kadang bila menyanyi, saya suka cari goosebumps atau rasa meremang dalam nyanyian.“Jadi antara sebab kenapa saya rasa bunyi itu tak boleh menipu apabila kita menyanyi dan kita sendiri rasa goosebumps ataupun meremang itu, kita mesti akan pass vibe tersebut.“Itulah antara sebab kenapa saya rasa bunyi memang tak boleh menipu. Bunyi itulah yang akan memahalkan seorang penyanyi itu,” kongsinya.Akim petik kata-kata berkenaan daripada Datuk Ramli MS.Dalam pada itu, Akim berkata kenyataan tersebut sebenarnya merupakan sesuatu yang sering diingatkan kepadanya dan pernah disampaikan oleh pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.“Maksudnya macam bila kita menyanyikan, sebab saya penyanyi, jadi benda ini sebenarnya selalu ditegur, selalu diberi nasihat.“Jadi ia macam satu perkara yang perlu diingat dan juga apa yang saya perlu buat apabila keluarkan lagu, pergi ke sesi rakaman dan sebagainya. Itu memang selalu saya titikberatkan.“Bunyi ini sangat-sangat benda yang ghaib, kita tak nampak. Jadi kita perlu perhalusi apabila buat sesi rakaman ataupun apa-apa yang berkaitan dengan nyanyian. Jadi itu antara kenapa saya tulis perkara itu,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!