PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memilih untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM220,000 kepada pendakwah, Ebit Lew, susulan kes saman fitnah yang difailkan tiga tahun lalu.Caprice atau Ariz Ramli, 40, berkata terdapat dua kes yang melibatkan dirinya dan Ebit, termasuk saman yang difailkan pendakwah itu serta saman balas berhubung dakwaan dia menepis tangan Ebit ketika berada di Mesir. "Kes ini ada dua perkara, satu dia (Ebit) saman saya, lagi satu saya balas semula saman fasal kes tuduhan tepis tangan dia sewaktu di Mesir. "Dua-dua saya kalah, kami fikir paling teruk pun hari ini jadi 1-1, tapi kalau kes tepis tangan di Mesir pun boleh menang, macam ada yang tak kena. Caprice mengambil keputusan untuk membuat rayuan terhadap kes saman Ebit."Tak ada bukti langsung sampai hari ini yang saya tolak tangan dia," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Caprice memberitahu pihaknya mengambil keputusan untuk merayu susulan terdapat beberapa perkara yang dirasakan perlu dipertimbangkan semula dalam keputusan berkenaan."Disebabkan itu dan ada beberapa perkara lain kami pilih untuk membuat rayuan untuk keputusan hari ini (Isnin). "Dalam mahkamah, mereka tuduh saya adalah punca Elews Mart semua tutup termasuklah kurang tawaran ceramah. ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan untuk Ebit Lew! Caprice diperintah mohon maaf, bayar RM220,000 isu video Mondy TattooARTIKEL BERKAITAN: Caprice sahkan Instagram digodam punca 'kehilangannya'"Mungkin kerana itu juga mahkamah meletakkan jumlah bayaran yang tinggi. Tapi kami percaya kedua-dua perkara (kedai tutup dan kurang tawaran kerja) berlaku disebabkan perbuatan dia sendiri," ujarnya. Mengulas mengenai respons netizen terhadap keputusan mahkamah berkenaan, Caprice berkata dia sudah lali berdepan kecaman di media sosial dan memilih untuk tidak terlalu mengambil pusing komen yang diterima."Kita dah lama kalis kecaman bab-bab komen netizen ni. Dulu kes PU Azman pun kena kecam bertubi-tubi. "Selepas lima tahun senyap semuanya. Mungkin disebabkan dah banyak kes yang saya kendalikan menjadi antara faktor tak mahu ambil pusing lagi dengan komen-komen di media sosial," katanya. Dua-dua saya kalah, kami fikir paling teruk pun hari ini jadi 1-1. CAPRICEPENYANYIPada Isnin, Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan Caprice memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM220,000 kepada Ebit kerana memfitnahnya tiga tahun lalu. Hakim Zuhrina Mohamed Nor turut mengarahkan Caprice, 40, memadam kenyataannya bersama seorang pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo dari platform media sosialnya dalam tempoh 48 jam.Selain itu, Zuhrina dalam penghakimannya memutuskan Caprice tidak boleh mengeluarkan komen atau membuat kenyataan mengenai Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 42, di masa akan datang.Pada 15 September 2023, Ebit selaku plaintif memfailkan saman terhadap Caprice selepas dia memuat naik rakaman video bersama Mondy sebagai tetamu jemputan.Caprice tidak mengambil pusing dengan respons yang diterima daripada netizen di media sosial.Plaintif mendakwa, rakaman itu antara lain membawa maksud Ebit melakukan gangguan seksual dan mengambil kesempatan terhadap wanita terbabit, selain seorang yang tidak bertanggungjawab serta penunggang agama.Dakwa plaintif lagi, Caprice selaku defendan pertama secara jahat menerbitkan video berkenaan tanpa membuat sebarang pengesahan fakta daripadanya atau peguam.Menurutnya, akibat penerbitan video itu, banyak komen negatif, cacian dan makian didakwa dikeluarkan oleh pengikut akaun YouTube Caprice.Ebit diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader sementara peguam, Mohd Rezan Ezra Muhammad Mosinal hadir bagi pihak Caprice.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube