suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Radin akui selera makan selepas kahwin punca berat badan naik, Nabil jadi inspirasi jaga badan

Radin (kiri) akui berat badannya bertambah selepas mendirikan rumah tangga.

PENYAMPAI radio, Radin mengakui berat badannya meningkat mendadak selepas mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah Shamsulbahrin pada Mei lalu.

Radin atau Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, 36, berkata, antara punca berat badannya bertambah adalah kerana sering menikmati masakan air tangan isteri yang gemar memasak sebagai tanda kasih sayang.

"Isteri saya punya 'love language' dia memang suka memasak. Saya paling suka dia masak maggie goreng dan ikan rebus dengan air asam.

"Jadi jangan tanya kenapa lepas kahwin ni berat badan saya naik. 

Radin (kanan) dan Nur Amirah bernikah pada 1 Mei lalu.

"Sejujurnya ini adalah berat paling tinggi sepanjang saya bekerja sebagai penyampai radio," katanya kepada mStar. 

Radin berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media majlis pelancaran lagu KITA yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Radin berkata peningkatan berat badan turut berlaku ketika dia mengambil ubat susulan kecederaan separa koyak ligamen krusiat anterior (ACL) pada kakinya.

"Bila bekerja dalam industri ini, kita kena nampak kemas, jaga penampilan diri. Dalam masa sama sebenarnya berat badan saya naik ini ketika makan ubat akibat kaki saya mengalami koyakan separa ligamen krusiat anterior (ACL). 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Radin sah bergelar suami, serah mas kahwin RM15,020.26

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa turut ‘hadir’ di hari pernikahan, paparan wajah AI cukup bermakna buat Radin

"Waktu itu saya kurang mengambil berat tentang berat badan, selera makan tinggi. Berat badan saya naik mendadak. 

"Sewaktu mak saya meninggal dunia dulu pun, apa yang boleh buat saya tenang adalah makan. Saya bukan nak menyalahkan keadaan, tidak. Namun ini adalah fasa kehidupan yang saya lalui," ujarnya. 

Bagaimanapun, Radin mengakui mahu kembali mendapatkan berat badan ideal dan menjadikan rakan penyampai radio, Nabil Ahmad sebagai inspirasi untuk kekal aktif serta menjaga kesihatan.

Isteri saya punya 'love language' dia memang suka memasak.

RADIN

PENYAMPAI RADIO

"Sejujurnya jauh di lubuk hati ini, saya mahu kembali mendapatkan berat badan ideal seperti sebelum ini.

"Saya tengok Nabil aktif, saya lihat dia dah sampai satu tahap umur (meningkat) tetapi masih lagi jaga kesihatan badan. 

"Jadi saya pun perlu buat seperti itu (jaga kesihatan). Tak kisahlah kita bekerja dalam bidang apa pun, gaya hidup sihat adalah satu perkara yang perlu kita utamakan," katanya. 

Radin mahu meneruskan gaya hidup sihat untuk menjaga kesihatan.

Untuk rekod, Radin mendirikan rumah tangga dengan Nur Amirah pada 1 Mei lalu. 

Dalam majlis tersebut, Radin menyerahkan mas kahwin sebanyak RM15,020.26 kepada isterinya. 

Dalam perkembangan lain, Radin turut terlibat dalam kempen KITA FM yang melancarkan lagu KITA, sebuah inisiatif khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Menerusi kempen itu, Astro Audio mengajak rakyat Malaysia bersama-sama meraikan identiti, suara dan cerita yang menyatukan negara menerusi muzik, hiburan serta pelbagai aktiviti komuniti dari 31 Ogos hingga 16 September ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain