suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Altimet belum terfikir ‘comeback’ menyanyi, duet lagu baharu bersama Adam Nuqris

PENYANYI rap yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Altimet masih belum terfikir untuk kembali aktif menyanyi.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, meskipun mengikuti perkembangan industri hiburan, namun perkara itu tidak menimbulkan keinginannya untuk kembali aktif menyanyi.

“Tak ada lagi (menyanyi)... buat masa ini belum terfikir untuk kembali aktif menyanyi semula.

“Walaupun selalu juga lihat kawan-kawan buat persembahan tapi rasa rindu tu tak ada pun, cumanya rindu untuk merakamkan lagu saja.

“Untuk buat persembahan depan orang pun tidak tahu lagi macam mana, sekarang ni banyak je karya yang saya simpan, cuma untuk keluarkan belum tahu lagi," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Altimet tampil dengan baharu berjudul Pegang Tangan duet bersama Adam Nuqris yang kini boleh didengari di semua platform penstriman digital YouTube.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi