suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bukan aku, bini aku post” - Johan pun tak tahu video dikongsi Ozlynn, buka telefon tunjuk bukti tiada media sosial

PELAWAK dan penyampai radio Johan mengakui dia tidak mempunyai sebarang aplikasi media sosial di dalam telefon bimbitnya.

Menurut Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, dia lebih selesa menyerahkan urusan media sosial kepada isterinya iaitu Ozlynn Waty.

Johan berkata, kehidupan tanpa media sosial membuatkan dirinya lebih konsisten dalam menjalani rutin harian selain dapat memberi tumpuan kepada keluarga.

“Kalau tengok telefon saya, saya memang tiada media sosial. Hidup saya lebih konsisten, cukup isteri saya ada.

“Saya buat semua ini untuk keluarga saya, jadi biarlah Ozlynn sahaja yang ada media sosial. Kalau berkaitan kerja pula, ada orang yang akan brief saya terlebih dahulu,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Johan turut mengakui dia sendiri tidak tahu bila isterinya memuat naik pelbagai video yang memaparkan dirinya di media sosial.

Katanya, dia tidak kisah dengan perkongsian tersebut selagi ia memberikan manfaat dan perkara positif kepada orang ramai.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi